Tekankan budaya membaca hadapi media sosial,

KUALA LUMPUR 27 Mei –  Membaca wajar dijadikan satu budaya ilmu yang menjadi terapan buat seluruh rakyat khususnya dalam kalangan anak muda bagi mengangkat nilai dan akhlak sebuah bangsa, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri mengakui, kepesatan dunia digital khususnya media sosial, sedikit sebanyak sudah melunturkan minat masyarakat khususnya anak muda dalam menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya penting. Dalam hal ini, pendidik dan ibu bapa perlu menekankan budaya membaca sejak dari kecil lebih-lebih lagi semangat membaca kini semakin luntur disebabkan arus perubahan media sosial. “Sementara ada media sosial.. ok saya…

Read More

Dana PN: Anwar pertahan kenyataan awal

KUALA LUMPUR 27 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya bahawa sebahagian dana Pilihan Raya Umum (PRU) dimiliki Perikatan Nasional (PN) diperoleh hasil syarikat perjudian. Beliau menegaskan, tidak akan membuat sebarang dakwaan tanpa asas terhadap PN berhubung dana itu. “Sila baca kenyataan dengan lengkap dan baru ambil tindakan. Tapi kalau dia (Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin) mahu bawa terus (kemuka tindakan saman), silakan. “Saya tidak akan keluar kenyataan kalau saya tidak ada asas,” katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat…

Read More

Raja wajib junjung amanah pemerintahan

KUALA LUMPUR 27 Mei – Raja dan sultan yang ditabalkan sebagai ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong, memiliki kedudukan dan keupayaan mendaulatkan negeri atau wilayah pemerintahannya serta memberi perlindungan kepada rakyat. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah raja wajib menjunjung amanah pemerintahan, melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat berlandaskan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Titah baginda, berpandukan ajaran Islam, kedaulatan, ialah milik mutlak Allah SWT, seorang raja hanyalah pemegang amanah. “Jawatan yang disandang merupakan tugas untuk memenuhi tanggungjawab fardu kifayah, melaksanakan amanah Allah SWT bertunjangkan keadilan, syura dan…

Read More

PM ada berita baik untuk media, wartawan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan ‘berita baik’ untuk kumpulan media dan wartawan tempatan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2013 yang sedang berlangsung di Ipoh. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri dijangka mengumumkan perkara berkaitan dasar dan rang undang-undang (RUU) mengenai kebajikan wartawan serta penubuhan majlis media. “Insya-Allah Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada sambutan HAWANA dan kita jangka akan ada beberapa pengumuman akan dilakukan. “Selama ini, kita membincangkan mengenai hala tuju industri media kerana, seperti negara lain, industri media juga dilihat melalui tekanan…

Read More

Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

KUALA LUMPUR 27 Mei – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023. Beliau turut melancarkan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 yang memilih logo Malaysia Madani. Fahmi berkata, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 dipilih menerusi kerjasama panel pemikir yang mendukung semangat kesukarelawan yang terdiri daripada 16 orang pakar pelbagai bidang. Mereka yang terbabit adalah ahli akademik, tokoh budaya, petugas media, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dewan Bahasa dan Pustaka…

Read More

Jenazah pendaki Everest tiba di KLIA

SEPANG 27 Mei – Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.30 pagi ini. Terdahulu, jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah itu diterbangkan menerusi pesawat MH115 yang berlepas dari Kathmandu, Nepal semalam, pada pukul 11.30 malam (waktu Kathmandu). Jenazah akan dibawa balik ke Kota Kinabalu, Sabah dengan penerbangan MH2646 pukul 11.35 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 2.15 petang ini. Pada sesi penghormatan terakhir yang diadakan…

Read More

HSR Jakarta-Bandung ambil masa sejam

JAKARTA: Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama Indonesia yang menghubungkan Jakarta dan Bandung, menamatkan ujian percubaan pada kelajuan 180 kilometer sejam (kmj). Ketika ujian itu, HSR tiba ke destinasi bandar keempat paling ramai penduduk di republik itu dalam tempoh sejam, kurang separuh daripada perjalanan kereta yang memakan masa dua setengah jam antara kedua-dua bandar. Ujian percubaan bersepadu pertama itu bakal menyaksikan kelajuan kereta api meningkat secara beransur-ansur kepada 385kmj pada minggu akan datang. Pembinaan projek kereta api sepanjang 142km itu bermula pada 2016 dan ia adalah sebahagian daripada Inisiatif Jalur…

Read More

Arab Saudi berusaha kurangkan perokok

RIYADH: Dalam usaha mengurangkan jumlah perokok di Arab Saudi, Dana Pelaburan Awam (PIF) melancarkan syarikat baharu, Badael yang akan menawarkan produk nikotin tanpa tembakau di seluruh Arab Saudi menjelang akhir 2023. Produk syarikat itu dijangka membantu hampir satu juta orang beralih daripada kegiatan merokok menjelang 2032, mewakili kira-kira 25 peratus daripada perokok di Arab Saudi. Langkah ini berpotensi untuk memberikan penjimatan langsung tahunan lebih SR6 bilion (RM7.36 juta) untuk perbelanjaan penjagaan kesihatan menjelang 2032. Menurut laporan media, ia menyasarkan untuk memperluaskannya ke pasaran serantau dan antarabangsa dalam tempoh jangka panjang.…

Read More