PUTRAJAYA 29 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dipilih semula menjadi Presiden ke-13 Turkiye selepas memenangi pilihan raya negara itu.
Dengan pelantikan semula itu, Anwar berharap Turkiye akan terus berperanan dengan konstruktif sebagai pemain utama dan penting bagi kawasan serantau dan global.
“Malaysia berharap dapat bekerjasama rapat dengan Turkiye bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada,” katanya dalam ucapan melalui Twitter rasmi beliau, hari ini.
Lembaga Pilihan Raya Turkiye mengesahkan Erdogan menang pusingan kedua pilihan raya presiden negara itu, sekali gus melanjutkan pemerintahannya untuk lima tahun lagi.
Erdogan menjadi perdana menteri berkenaan pada 2003 sebelum menyusul menjadi presiden pada 2014.
