Lesen dua syarikat bas digantung

PUTRAJAYA 29 Mei – Lesen pengendali dua syarikat bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan pada 12 dan 13 Mei lalu, S.V Juta Sdn Bhd dan Syarikat Kejora Masyhur Sdn Bhd, digantung berkuat kuasa 12 Jun ini. Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), penggantungan lesen pengendali itu dibuat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melalui Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) selepas siasatan dijalankan terhadap insiden kemalangan membabitkan bas ekspres syarikat itu. S.V Juta digantung lesen pengendali selama 58 hari atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715],…

Read More

KPM nafi arahan tonton filem Anwar

PUTRAJAYA 29 Mei – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan pihaknya mengeluarkan arahan kepada semua ketua bahagian, pengarah pendidikan negeri, pengetua dan guru besar untuk menonton filem biopik ‘Anwar: The Untold Story’. KPM mngeluarkan poster media sosial menyatakan surat berkenaan adalah palsu. “KPM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang ditularkan. Semak kesahihan maklumat, tidak pasti jangan kongsi,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook kementerian hari ini. Terdahulu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, berkongsi surat arahan penganjuran sesi menonton tayangan filem berkenaan bersama-sama warga…

Read More

Hawana dan Utusan Melayu

KATA orang, barang yang lepas jangan dikenang. Kata mereka, bergerak ke hadapan. Namun apabila ‘barang’ itu dingat dalam catatan sejarah, mahu atau tidak kita akan tetap mengenangkannya. Akhbar Utusan Melayu tidak wujud lagi, begitu juga syarikat penerbitannya yang sudah gulung tikar.Namun tarikh kelahiran Utusan Melayu akan tetap diingati. Detik 29 Mei 1939, akhbar pertama diterbitkan oleh Utusan Melayu Press Limited akan kekal dalam ingatan selepas kerajaan Malaysia mengisytiharkan Hari Wartawan Nasional (Hawana) disambut pada setiap 29 Mei. Maka Mei bukan sekadar meraikan Hari Pekerja, Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Belia,…

Read More

Anwar ucap tahniah kepada Erdogan

PUTRAJAYA 29 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dipilih semula menjadi Presiden ke-13 Turkiye selepas memenangi pilihan raya negara itu. Dengan pelantikan semula itu, Anwar berharap Turkiye akan terus berperanan dengan konstruktif sebagai pemain utama dan penting bagi kawasan serantau dan global. “Malaysia berharap dapat bekerjasama rapat dengan Turkiye bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada,” katanya dalam ucapan melalui Twitter rasmi beliau, hari ini. Lembaga Pilihan Raya Turkiye mengesahkan Erdogan menang pusingan kedua pilihan raya presiden negara itu, sekali gus…

Read More

Agong ucap selamat Hawana

KUALA LUMPUR 29 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (Hawana) bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”. Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini. Tahun ini, sambutan Hawana dianjur di Perak bermula Sabtu lalu hingga hari ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pelaksanaannya dikendalikan Bernama dan dirasmikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam. Tarikh…

Read More

Erdogan menuju pemerintahan dua dekad

ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan, 69 memenangi pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye, sekali gus melanjutkan tempoh pemerintahannya lima tahun lagi di negara itu serta menuju pemerintahan dua dekad. Pemimpin itu berhadapan pakatan pembangkang paling kuat yang pernah dihadapi parti berteraskan Islam pimpinannya untuk memenangi pilihan raya paling sukar itu. Pemulihan ekonomi Turkiye akan menjadi cabaran paling besar bagi Erdogan kerana mata wang lira kini merudum teruk dan ladar inflasi mencecah 85 peratus tahun lalu. Dalam ucapan selepas kemenangan bersejarah itu, beliau meminta rakyat Turkiye untuk bersatu. “Kita harus bersatu…

Read More

Tuntut Queen Cleopatra diharamkan

KAHERAH: Pejabat Ketua Pendakwa Mesir menerima aduan mengenai siri dokumentari baru Netflix “Queen Cleopatra” yang menuntut ia diharamkan susulan laporan mengenai sejarah yang tidak tepat dan ketidakpekaan budaya. Menurut laporan media, dokudrama empat episod itu ditayangkan di Netflix pada 10 Mei dan mencetuskan kontroversi besar kerana ia dibintangi pelakon ‘biracial British’ Adele James sebagai Cleopatra, firaun terakhir Mesir yang memerintah Kerajaan Ptolemaic. Aduan difailkan oleh seorang pegawai dari Kementerian Kebudayaan Mesir mendakwa bahawa Netflix telah memutarbelit imej sejarah yang terkenal dengan mencipta pemalsuan sejarah.  Pegawai itu menuntut agar siri itu dikeluarkan…

Read More