Agong ucap selamat Hawana

KUALA LUMPUR 29 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (Hawana) bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”.

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini.

Tahun ini, sambutan Hawana dianjur di Perak bermula Sabtu lalu hingga hari ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pelaksanaannya dikendalikan Bernama dan dirasmikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai sambutan Hawana sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Related posts

Leave a Comment