KJ perlu masa sertai parti politik

KUALA LUMPUR 22 Mei – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, memerlukan  sedikit masa bagi mempertimbang tawaran menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, seperti ditawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bekas Menteri Kesihatan itu mengakui bukan mudah membuat keputusan berhubung tawaran berkenaan. “Saya harap mereka yang membuat tawaran itu kepada saya dapat memberi saya sedikit masa lagi untuk memikirkan perkara ini… terima kasih kepada Muhyiddin yang secara umum menzahirkan perkara ini. “Bila kita ada peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak ambil ringan keputusan ini, bukan kerana Pilihan Raya Negeri…

Read More

PM terima kunjungan Sheikh Khaled

KUALA LUMPUR 22 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan. Keberangkatan tiba baginda di bangunan Dewan Persidangan Sementara Parlimen pada pukul 5 petang disambut oleh Anwar yang diiringi Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Pertemuan kedua-dua pemimpin adalah sempena lawatan khas dan yang pertama Sheikh Khaled ke Malaysia sejak baginda ditabal sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi…

Read More

5,000 bayi hadapi masalah jantung

KUALA LUMPUR 22 Mei – Kira-kira 5,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun di negara ini mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital, kata isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata kebanyakan pesakit turut memerlukan rawatan pembedahan dengan kepakaran yang kompleks dan kos rawatan yang tinggi. Katanya, berdasarkan laporan The Direct Healthcare Cost of Noncommunicable Diseases in Malaysia, dianggarkan RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada 2017 diperuntukkan bagi merawat pesakit jantung. Justeru, bagi mengelak penyakit ini, orang ramai dinasihatkan berusaha mencegahnya terlebih dahulu dengan…

Read More

LIMA ‘23 terbesar dalam sejarah

LANGKAWIn22 Mei – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang bermula esok, dianggap sebagai terbesar dalam sejarah penganjurannya selepas berjaya menarik 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia. Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan, berkata LIMA edisi ke-16 ini amat dinantikan ramai pihak memandangkan kali terakhir ia diadakan pada 2019. “Berbanding dahulu (2019), kali ini lebih banyak penyertaan iaitu sebanyak 525 pempamer semuanya, selain penyertaan lima pasukan aerobatik terkemuka menjadikannya terbesar dalam sejarah. “Pameran juga disertai 119 pesawat yang menyertai pameran statik dan aerobatik, selain 40 kapal tentera…

Read More

PM Lee positif Covid-19

SINGAPURA 22 Mei –  Perdana Menteri Lee Hsien Loong diuji positif Covid-19 selepas pulang dari lawatan kerjanya ke Afrika Selatan dan Kenya baru-baru ini. Dalam satu catatan di Facebook hari ini, Lee berkata beliau dalam keadaan baik tetapi dinasihatkan doktor supaya mengasingkan diri sehingga tidak lagi mengalami gejala. “Saya diuji positif Covid-19 buat kali pertama pagi ini. Ini berlaku selepas lawatan kerja saya baru-baru ini. Saya secara amnya berasa ok tetapi doktor menasihati saya untuk mengasingkan diri sehingga saya tidak mengalami gejala”,” katanya. Menurut Lee, atas sebab usianya, 71, beliau…

Read More

PM tangkis dakwaan dasar ekonomi bercelaru

KUALA LUMPUR 22 Mei –  Pertumbuhan ekonomi negara yang menunjukkan prestasi yang kukuh bagi suku pertama serta peningkatan pelaburan besar dan bernilai tinggi menunjukkan kerajaan mempunyai dasar yang jelas dan diyakini pelabur. Justeru Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menangkis dakwaan pembangkang kononnya dasar ekonomi yang dibawa Kerajaan Perpaduan diterajuinya ketika ini sebagai bercelaru. Katanya, mana mungkin dasar kerajaan bercelaru kerana jika bercelaru pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2023 tidak akan dapat mengatasi Indonesia, Vietnam dan China. “Kalau dasar celaru, tidak mungkin pelaburan datang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan  Hamzah Zainuddin (PN-Larut)…

Read More

Hasil bidaan FF cecah RM34.3 juta

KUALA LUMPUR 22 Mei –  Nombor pendaftaran kenderaan siri FF, merekodkan kutipan hasil bidaan secara dalam talian paling tinggi membabitkan nilai keseluruhan RM34.3 juta, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, proses bidaan antara 14 hingga 19 Mei lalu, turut merekodkan penyertaan paling ramai membabitkan 34,032 orang dengan 8,348 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing. Bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini, beliau berkata, FF8 adalah nombor pendaftaran paling tinggi dibida dengan nilai RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999); FF3 (RM639,000); FF2 (RM638,000) dan FF7 (RM633,000). Selain itu,…

Read More

MCA ingatkan Zahid utamakan BN

KUALA LUMPUR 22 Mei –  MCA mengingatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya meletakkan kepentingan parti komponen dalam BN terlebih dahulu, bukannya mengutamakan Pakatan Harapan (PH) khasnya DAP. Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, dalam kenyataannya  menegaskan, Ahmad Zahid perlu berpegang kepada prinsip, selain berhati-hati dalam segala perkara berkaitan hubungan atau kerjasama antara BN dan PH. “Perlu diingatkan bahawa sebagai Pengerusi BN, beliau haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen dalam BN, bukannya mengutamakan PH terutamanya DAP. Kerjasama antara BN dan PH perlulah ada…

Read More