PM terima kunjungan Sheikh Khaled

KUALA LUMPUR 22 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Keberangkatan tiba baginda di bangunan Dewan Persidangan Sementara Parlimen pada pukul 5 petang disambut oleh Anwar yang diiringi Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pertemuan kedua-dua pemimpin adalah sempena lawatan khas dan yang pertama Sheikh Khaled ke Malaysia sejak baginda ditabal sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi pada 29 Mac lepas.

Anwar melalui hantaran di Facebooknya berkata, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama antaranya merangkumi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa.

“Semoga hubungan baik antara kedua-dua negara akan terus diperkasa, InsyaAllah,” katanya.

Related posts

Leave a Comment