Month: April 2023
Lebih banyak kematian dijangka di Sudan
GENEVA: Hanya 16 peratus kemudahan kesihatan masih beroperasi di ibu kota Khartoum yang sedang bergolak berikutan pertempuran yang berlaku antara tentera Sudan dengan cabang separa tentera. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, berikutan itu, WHO menjangkakan lebih banyak kematian akan berlaku di Sudan. Ini disebabkan oleh penularan penyakit dan kurangnya akses kepada perkhidmatan kesihatan yang penting. Sekurang-kurangnya 459 orang terbunuh dan 4,000 cedera dalam konflik bersenjata yang tercetus sejak pertengahan April lalu. WHO menganggarkan bahawa 25 peratus daripada nyawa yang terkorban setakat ini, akan dapat diselamatkan…
Read More500 motosikal disita JPJ
IPOH 27 April – Sebanyak 500 motosikal disita dari 18 hingga 25 April menerusi Advokasi dan Op Motosikal sempena Aidilfitri 2023, kata Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Lokman Jamaan. Dalam tempoh yang sama 14,514 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Lokman berkata, notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 51,039 motosikal manakala sitaan kerana kesalahan tiada perlindungan insurans, lesen memandu dan lain-lain membabitkan 291 lokasi Point of Duty (POD) di seluruh negara. Katanya, enam kesalahan utama yang dikesan ialah tiada lesen memandu…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 27.04.2023
EIA : SAM minta JAS beri penjelasan
TANJONG 26 April – Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi penjelasan berhubung keputusannya meluluskan Laporan Kesan Penilaian Kepada Alam Sekeliling (EIA) Projek Pulau Pinang Selatan (PSI). Pada masa sama, Kerajaan Pulau Pinang juga perlu mendedahkan kepada umum, 71 syarat yang dikenakan JAS untuk projek itu, seiring dengan kelulusan EIA yang diberikan, seperti dilaporkan Ketua Menteri Pulai Pinang, Chow Kon Yeow, hari ini. Setiausaha Kehormat SAM, S Mageswari, berkata pihaknya terkejut dan kecewa dengan berita kelulusan itu, berikutan projek itu memberi impak buruk kepada alam sekitar dan…
Read MoreDua produk mi segera ditarik balik
KUALA LUMPUR 26 April – Dua produk mi segera, Mi Kari Putih Penang Ah Lai dari Malaysia dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial dari Indonesia diarah untuk menarik balik penjualannya dari pasaran. Arahan itu susulan Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan mendapati terdapat ethylene oxide dalam kedua-dua produk mi segera terbabit. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata ethylene oxide adalah sebatian gas kimia yang karsinogenik dan sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Katanya, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan…
Read MoreTun M kagum prasarana MRT
PUTRAJAYA 26 April – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad memuji dan kagum terhadap prasarana dan kemudahan yang terdapat dalam perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT). Beliau dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mendapati kemudahan yang disediakan adalah amat baik dan disifatkan setaraf dengan negara maju ketika mereka mencuba sistem pengangkutan berkenaan, kelmarin. “Pada hari ketiga raya saya dan isteri bersama kawan-kawan mencadang mencuba MRT dari Sungai Buloh ke Putrajaya,” katanya dalam hantaran di Facebooknya. Dr Mahathir berkata staff MRT sambut baij cadangan itu dan mereka turut bersama sepanjang perjalanan…
Read MoreProf Fatimah Hamid Don meninggal dunia
KUALA LUMPUR 26 April – Tokoh pendidik yang juga profesor wanita Melayu pertama Puan Sri Prof Emeritus Dr Fatimah Hamid Don meninggal dunia di Hospital Tawakal di sini, pukul 2.35 pagi ini pada usia 89 tahun. Bekas Dekan Universiti Malaya (UM) itu menghembuskan nafas terakhir ketika dalam fasa pemulihan selepas mengalami strok sejak setahun lepas. Berasal dari Batu Gajah, Perak Allahyarham memiliki Ijazah Sarjana (Geografi) pada tahun 1968 dan Ijazah Kedoktoran (Pengajaran dan Kurikulum) (1971) dari University Southern California, Los Angeles, Amerika Syarikat. Sumbangan Allahyarham sangat besar terhadap bidang pendidikan…
Read MoreBerita pilihan…
Tiada tanda faktor semulajadi
KUALA LUMPUR 26 April – Tiada tanda-tanda menunjukkan faktor semula jadi sebagai punca tahah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin tengah hari semalam. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarkan siasatan awal, kebocoran pair air bawah tanah berkemungkinan menyumbang kepada insiden itu. “Berdasarkan siasatan awal, saya dimaklumkan kebocoran pair air bawah tanah berkemungkinan menyumbang kepada insiden ini. Buat masa ini, tiada tanda-tanda faktor semula jadi yang dikenal pasti menyebabkan runtuhan. “Bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci,” katanya menerusi…
Read More