Jumlah kemalangan berkurangan

KUALA LUMPUR 27 April –  Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaporkan sebanyak 1,618 kemalangan membabitkan 1,975 kenderaan pelbagai jenis pada hari ketujuh Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Jumlah itu menunjukkan pengurangan jumlah kemalangan berbanding 1,756 kelmarin manakala jumlah kenderaan terlibat juga kurang berbanding 2,011 sebelumnya.

Menerusi hantaran di laman di Facebooknya, JSPT memaklumkan kereta mencatat angka tertinggi kemalangan iaitu 1,304 atau 66 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam, Rabu.

Ini diikuti motosikal (250), kenderaan pacuan empat roda (179), kenderaan pelbagai guna (127), van (34), lori (66), bas (9), teksi (4), dan basikal (2).

JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan.

Op Selamat 20 dilaksanakan tujuh hari bermula 20 April lepas bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

Related posts

Leave a Comment