Dua pemimpin Melaka intai Ketua Pemuda, Puteri

MELAKA 28 Feb. –  Dua pemimpin UMNO dari Melaka menawarkan diri untuk memimpin sayap parti – Pemuda dan Puteri pada pemilihan 11 Mac ini  manakala tiga lagi bertanding peringkat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dijadualkan pada 18 Mac. Dr Muhamad Akmal yang juga ADUN Merlimau mengesahkan akan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang juga ADUN Rim, Khaidirah Abu Zahar akan bertanding jawatan Ketua Puteri. Wakil Melaka bagi merebut jawatan MKT pula adalah ADUN Paya Rumput  Rais Yasin, ADUN Telok Mas Abd Razak…

Read More

Dr Halimah ‘mohon maaf’ isu Menu Rahmah

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali, ‘memohon maaf’ dalam bentuk gurindam susulan kenyataannya berhubung Menu Rahmah yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat, pada 14 Februari lalu. Dr Halimah yang juga Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN), itu membuat permohonan maaf, selepas menyatakan ucapannya itu disalah erti. Katanya: “Jikalau ada jarum peniti, jangan disimpan di dalam peti, andai ada ucapan disalah erti, saya menyusun 10 jari, niat di hati suara rakyat saya juarai semak imbang Kerajaan MADANI, biar integriti, bukankah itu peranan hakiki,” “Selaku wakil rakyat suara…

Read More

Mansuh AUKU seperti janji kempen PH

KUALA LUMPUR 27 Feb. –  Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) menuntut kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Justeru, Angkatan Mahasiswa menggesa ahli-ahli Parlimen di blok kerajaan dan pembangkang bersama-sama dengan mahasiswa mahasiswi di Malaysia untuk terus menyoal dan menekan kerajaan bagi memansuhkan AUKU seperti dijanjikan. “Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) juga harus lebih tangkas dan cepat berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin mengenai perkara berkenaan,” kata kenyataan Angkatan Mahasiswa UM. Gesaan itu sebagai…

Read More

Zambry tarik diri Naib Presiden, pertahan MKT

KUALA LUMPUR 27 Feb. –  Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN)  Dr. Zambry Abd Kadir menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bagi pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan. Berikutan keputusan itu, beliau kini menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026. Dalam satu kenyataan malam tadi, Menteri Luar Negeri itu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya dalam kerajaan. “Banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa. Ia juga sekali gus…

Read More

Dua dilantik isi kekosongan jawatan

PUTRAJAYA 27 Feb. – Dr Zulkapli Mohamad dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) manakala Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican, sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan (MOF) berkuat kuasa hari ini. Pelantikan Zulkapli, 58, yang sudah berkhidmat selama 31 tahun dalam perkhidmatan awam adalah bagi mengisi kekosongan sejak Disember lalu. Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata, Johan, 50, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan. Pelantikan Zulkapli dan Johan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Zulkapli berkelulusan Ijazah Sarjana…

Read More

Covid-19: Kes harian 207, tiada kematian baharu

PUTRAJAYA 27 Feb. –  Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam merekodkan 207 kes termasuk satu kes import berbanding 173 kes yang dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,042,395. Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 5,003,717 adalah kes tempatan dan 38,678 kes import manakala jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif meningkat sedikit kepada 9,206 berbanding 9,174 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,871 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.…

Read More

Lebih 50,000 korban gempa bumi

ROME 27 Feb. – Jumlah korban gempa bumi yang menggegarkan Turki dan jirannya, Syria pada 6 Februari lalu melebihi 50,000, perangkaan terkini yang dikeluarkan pada Jumaat, 24 Februari lalu. Pada Sabtu, jumlah kematian akibat gempa bumi meningkat kepada 44,128 di Turki, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di Turki dan negara jiran Syria kini lebih 50,000. Lebih 160,000 bangunan, yang mengandungi 520,000 apartmen runtuh atau rosak teruk di Turki, yang terburuk dalam sejarah moden negara itu. Menteri Kehakiman Bekir Bozdag berkata lebih 600 individu disiasat berkaitan dengan bangunan runtuh Sementara itu,…

Read More

Ahmad cabar Hasni Ketua Bahagian Pontian

PONTIAN 26 Feb. – Rebutan jawatan Ketua UMNO bahagian Pontian dijangka menjadi tumpuan apabila Timbalan Ketua Bahagian, Ahmad Maslan, mengesahkan akan bertanding merebut jawatan itu. Setiausaha Agung UMNO itu akan mencabar penyandang Hasni Mohammad, yang juga bekas Menteri Besar Johor pada pemilihan parti 18 Mac ini. Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 mengesahkan borang pencalonannya bagi merebut jawatan itu sudah dihantar petang ini di Pejabat UMNO Bahagian Pontian. Hasni menyandang jawatan Ketua Bahagian Pontian sejak 2001, manakala Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian mulai…

Read More