PUTRAJAYA 27 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam merekodkan 207 kes termasuk satu kes import berbanding 173 kes yang dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,042,395.
Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 5,003,717 adalah kes tempatan dan 38,678 kes import manakala jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Sementara itu, jumlah kes aktif meningkat sedikit kepada 9,206 berbanding 9,174 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,871 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 325 pesakit atau 3.5 peratus mendapat rawatan di hospital, 10 daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana enam orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam tempoh yang sama, 175 lagi pesakit dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,996,232 orang.
Bagi kes harian negeri, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 74 berbanding 61 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 51 berbanding 43 kes sebelumnya.
