700 syarikat Jerman beroperasi di Malaysia

PUTRAJAYA 17 Feb. – Lebih 700 syarikat dari Jerman beroperasi di negara ini sejak beberapa tahun lamanya yang telah mewujudkan 65,000 peluang pekerjaan, kata Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier. Beliau berkata, ada ruang untuk lebih banyak syarikat Jerman mempelbagaikan operasi masing-masing dan Malaysia akan menjadi lokasi penting untuk syarikat negara itu. “Kita tahu mengenai lokasi perniagaan dan komuniti perniagaan Jerman sudah bergerak ke arah kepelbagaian dalam pembuatan dan rangkaian penawaran,” katanya pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, di Bangunan Perdana Putra, di sini, petang ini. Steinmeier turut mengakui…

Read More

Kerusi DUN: Speaker diberi tempoh 3 hari

SHAH ALAM 17 Feb. – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omarmemberi tempoh tiga hari kepada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim tidak menarik balik pengisytiharan kekosongan kerusi yang dibuat semalam. Beliau mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya Ng Suee Lim tidak menarik balik pengisytiharan kekosongan kerusi yang dibuat semalam. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, sudah mengemukakan permohonan kepada Suee Lim hari ini supaya menarik balik pengisytiharan itu dalam tempoh tiga hari dari tarikh hari ini. “Sekiranya tiada jawapan dan maklum balas positif diterima daripada Yang Berhormat…

Read More

Mohd Rafiq diterima semula sertai UMNO

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Bekas Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen diterima semula sebagai anggota UMNO berkuatkuasa 18 Mac depan iaitu selepas selesai pemilihan parti. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi malam tadi. Sebelum itu Mesyuarat Pengurusan UMNO yang dipengerusikan Timbalan Presiden Mohamad Hasan turut membincangkan perkara itu. “Saya sedar, keputusan yang saya buat untuk menyertai UMNO ketika ini tidak popular, tidak mungkin dipersetujui dan tidak mungkin dapat diterima oleh semua pihak. “Namun,…

Read More

Shahrizat sah tanding Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR 17 Feb. –  Selepas lima tahun berehat, Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan penyertaan dalam pertandingan bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada Mac ini. Shahrizat yang pernah menjadi ketua wanita UMNO sejak 2008, sebelum berundur pada tahun 2018 menghantar borang penamaan calon hari ini menerusi wakilnya Suhana Zam di Ibu Pejabat UMNO di sini. Melalui Facebooknya, bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu memuat naik beberapa foto beliau menandatangani borang pencalonan untuk diserahkan melalui wakilnya. Borang pencalonan Shahrizat telah dihantar dan diterima urusetia pemilihan pada pukul 11.20 pagi…

Read More

Kaedah lain bantu bukan keluar KWSP

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai melalui Belanjawan 2023 bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengeluaran tambahan baharu KWSP sama ada secara bersasar atau terbuka akan memburukkan isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini di tahap membimbangkan. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, isu ketidakcukupan simpanan KWSP perlu diberi perhatian yang serius ketika negara kini sedang menghadapi fenomena penuaan penduduk yang pantas. Ini kerana, katanya, ia bakal memberi impak yang amat besar…

Read More

Sambutan negara Presiden Jerman

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini. Ketibaan beliau dan isteri, Elke Budenbender pada pukul 10 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut hadir, Perdana Menteri. Anwar Ibrahim dan isteri,  Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Fadillah Yusof. Upacara sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Jerman dan Malaysia…

Read More

Kes harian Covid-19 meningkat kepada 281

PUTRAJAYA 17 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 terus menunjukkan peningkatan semalam dengan merekodkan 281 kes termasuk satu kes import berbanding 237 yang dilaporkan kelmarin. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,040,368 kes iaitu 5,001,717 kes tempatan dan 38,651 kes import. Bagaimanapun menurut data portal KKMNow, tiada kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kekal 36,954 orang termasuk 7,872 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,399 bertambah 24 kes berbanding kelmarin 9,375 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,072…

Read More

PBB rayu bantuan, keperluan amat besar

(Foto UNHCR) ISTANBUL: Selepas 11 hari dan ketika harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin pudar, jumlah kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria sudah melebihi 41,000 mangsa. Menurut laporan, seramai 38,044 orang meninggal dunia di Turkiye dan 3,688 lagi di Syria susulan gegaran 6 Februari lalu, menjadikan jumlah yang disahkan maut meningkat kepada 41,732 orang. Gempa itu berlaku di salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia dan melanda kawasan berpenduduk padat, dengan ramai daripada mereka tidur di rumah yang tidak dibina untuk menahan gegaran tanah sebegitu…

Read More