185 kes baharu di Indonesia

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di INDONESIA meningkat kepada 590 kes, dengan lapan lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata kes positif juga terus meningkat kepada 6,760 kes apabila 185 kes baharu dilaporkan.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 287 kes, diikuti Jawa Barat (62 kes), Jawa Timur (56) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

THAILAND pula melaporkan 27 kes baharu dan tiada kematian baharu untuk hari ketiga berturut-turut, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 2,792 dengan jumlah kematian kekal 47 orang.

Ini adalah jumlah jangkitan harian terendah yang dicatatkan sejak 14 Mac. Thailand mencatatkan peningkatan kes harian tertinggi -188 kes yang disahkan pada 22 Mac.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata setakat ini, sebanyak 1,999 pesakit telah sembuh dan pulang ke rumah.

Setakat ini, 35 dari 77 wilayah tidak melaporkan kes baharu dalam tempoh 14 hari lepas.

Sementara itu Jabatan Kesihatan FILIPINA pula melaporkan sehingga pukul 4 petang hari ini sebanyak 200 kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah kes kini 6,459.

Sebanyak 19 kematian dilaporkan menjadikan 428 kes sementara 41 kes pula pulih menjadikan 613 kes.

BRUNEI Darussalam pula kekal dengan 138 kes apabila tiada kes baharu dilaporkan sementara jumlah kes pulih 116 kes.

Related posts

Leave a Comment