WASHINGTON – Presiden Donald Trump membayangkan kemungkinan Venezuela menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat (AS) sambil mengumumkan ketibaan sejuta tong pertama minyak percuma dari Venezuela menerusi perjanjian antara kedua-dua negara.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Venezuela kerana hubungan kini menjadi sangat baik, malah cukup erat serta mendakwa pelaburan yang dilaksanakan kini mewujudkan peluang pekerjaan di Venezuela
“Kejayaan bersejarah ini memberikan kita kawalan terhadap sebahagian besar bekalan minyak dunia,” kata Trump pada perhimpunan kempen pilihan raya pertengahan penggal di Corpus Christi, Texas.
Menurut Trump, minyak berkenaan akan ditapis di Texas, termasuk di Corpus Christi.
“Kita memperoleh banyak minyak untuk kegunaan sendiri. Venezuela akan menjadi sebuah negara makmur dan siapa tahu? Mungkin tidak lama lagi, ia akan menjadi negeri ke-51 yang makmur. Itu tidak mustahil,” kata Trump.
