269 kes harian Covid-19 di Malaysia

PUTRAJAYA 30 Jan. – Jumlah jangkitan harian Covid-19 di negara ini meningkat sedikit semalam dengan merekodkan 269 kes termasuk tiga kes import berbanding 258 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,036,140.

Menurut data portal KKMNow,  setakat semalam jumlah kes tempatan adalah 4,997,528 manakala kes import pula 38,612.

Jumlah kematian pula kekal 36,940 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) selepas tiada kematian baharu direkodkan.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Ahad juga turun kepada 9,480 berbanding 9,496 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,088 kes atau 95.9 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 371 pesakit mendapat rawatan di hospital di mana 21 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 14 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 285 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,989,720 orang.

Related posts

Leave a Comment