MoU kerjasama perlindungan data

PUTRAJAYA 30 Jan. – Malaysia dan Singapura menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber serta ekonomi digital. Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam kenyataan hari ini berkata, ia susulan persetujuan kedua-dua negara pada Oktober 2018 untuk meneroka kerjasama dalam ketiga-tiga bidang berkenaan. Katanya, KKD bersetuju dengan cadangan itu, manakala proses mengemas kini dan merangkumkan bidang kerjasama dalam MoU berkenaan dimulakan selepas itu. MoU itu berkuat kuasa serta merta dan akan kekal berkuat kuasa untuk tempoh 5+5 tahun sehingga Februari 2026, terutama meliputi kerjasama…

Read More

Letak jawatan Menteri Kewangan, arah Zahid cuti

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyarankan Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan dan menumpukan perhatian kepada tugas sebagai Perdana Menteri. Katanya, masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan dan Anwar tidak sepatutnya mengulangi kesilapan seperti skandal 1MDB apabila Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, adalah juga Menteri Kewangan. Muhyiddin juga mencadangkan supaya Anwar mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengambil cuti sehingga kesnya selesai. “Malulah rakyat Malaysia jika beliau ke luar negara bertemu pemimpin dunia atas tugasan rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan…

Read More

Rundingan lanjut isu tambak Batu Puteh

SINGAPURA: Langkah Singapura menambak kawasan sekitar Batu Puteh akan dibincangkan lebih lanjut dalam tempoh terdekat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, beliau membangkitkan perkara itu pada pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam lawatan rasminya ke sini hari ini. “Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sudah tetapkan Batu Puteh milik Singapura, jadi bila ada penambakan itu (di Batu Puteh) bagi Singapura, mereka ikut keputusan perundangan yang sudah diputuskan. Namun Malaysia minta Singapura teliti semula kerana setiap tambakan beri kesan sampingan kepada iklim, persekitaran dan persempadanan negara. Jadi saya dapat peretujuan…

Read More

Pelantikan Nurul Izzah satu pengkhianatan

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Amalan nepotisme oleh Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia. Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu bukan sahaja tidak wajar, salah, serta merosakkan imej kerajaan, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah. Dalam satu kenyataan media hari ini, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme. Justeru tindakan Anwar  mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang…

Read More

PM mulakan lawatan ke Singapura

SINGAPURA 30 Jan. – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim tiba di sini, hari ini untuk lawatan rasmi ke Singapura. Anwar diiringi isteri,  Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri. Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 9.40 pagi. Ketibaan beliau disambut Menteri Luar republik itu Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon. Yang turut hadir, Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri,…

Read More

Khairy tidak pasti laluan untuk menjadi PM

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih menaruh harapan untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti tetapi tidak pasti bagaimana laluannya selepas dipecat UMNO pada Jumaat lalu. “Ya, saya masih mahu memimpin negara ini suatu hari nanti. Bagaimana saya boleh ke sana, saya tidak tahu,” katanya. Beliau memahami bahawa politik bukanlah jalan yang mendatar dan ada pelbagai halangan yang perlu dilalui sebelum boleh muncul sebagai pemimpin, bukan saja dalam parti malah sebagai pemimpin negara. Khairy pertama kali berkongsi aspirasinya untuk menjadi bakal perdana menteri semasa kempen Pilihan…

Read More

Tiada sesiapa akan disisihkan – Khaled

JOHOR BAHRU 30 Jan. –  Peralihan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor bukan untuk menguatkan mana-mana kelompok atau kumpulan sebaliknya bagi merawat dan membangunkan semula kekuatan UMNO. Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, yang mengambil alih jawatan itu daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata peralihan itu bagi memastikan perpaduan dan kesatuan UMNO Johor tetap terpelihara. Pada masa yang sama, beliau sangat menghargai sumbangan besar Hasni terhadap UMNO Johor dan akan meneruskan kerja baik yang dilaksanakan pemimpin itu. “Ini satu tanggungjawab yang sangat berat dan saya berterima kasih…

Read More

269 kes harian Covid-19 di Malaysia

PUTRAJAYA 30 Jan. – Jumlah jangkitan harian Covid-19 di negara ini meningkat sedikit semalam dengan merekodkan 269 kes termasuk tiga kes import berbanding 258 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,036,140. Menurut data portal KKMNow,  setakat semalam jumlah kes tempatan adalah 4,997,528 manakala kes import pula 38,612. Jumlah kematian pula kekal 36,940 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) selepas tiada kematian baharu direkodkan. Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Ahad juga turun kepada 9,480 berbanding 9,496 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,088 kes atau…

Read More