Makan malam bersama rakyat Malaysia

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan dua hari ke Brunei Darussalam menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan malam ini. Majlis berkenaan yang dihadiri lebih 400 rakyat Malaysia yang menetap di negara ini turut dihadiri isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut sama Premier Sarawak, Abang Johari Openg; Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor; Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Raja Reza Raja Zaib Shah. Dalam ucapannya, Anwar yakin rakyat Malaysia akan terus menyumbang terhadap…

Read More

Dr Rani insan istimewa – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR: “Beliau tentunya akan sangat dirindui. Kami mungkin seteru dalam politik, namun Dr Rani adalah satu-satunya malah seorang sahabat yang paling dikasihi. Begitulah bagaimana saya akan mengenangnya,” . Begitulah catatan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Allahyarham Dr Abd Rani Osman yang dianggap sebagai insan istimewa berhati mulia dan sahabatnya yang baik. Hannah melalui Facebooknya berkata, beliau terkejut dengan pemergian Allahyarham semalam pada hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina dan bergegas ke Meru, Klang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Dalam masjid, kedengaran doa…

Read More

Malaysia Brunei optimum kerjasama

BANDAR SERI BEGAWAN 24 Jan. –  Malaysia dan Brunei sepakat mengoptimumkan kerjasama peringkat rantau demi manfaat bersama negara wilayah ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Katanya, kerjasama peringkat rantau adalah potensi baharu wajar dibangunkan dan ASEAN boleh berperanan secara proaktif bagi menentukan penawaran dalam kalangan negara anggota tidak terganggu. “Pergerakan dan logistik barangan serta perkhidmatan dapat dilakukan dalam rantau ASEAN dengan lebih mudah, maknanya tidak perlu terlalu bergantung kepada sumber yang terlalu jauh jaraknya. “Banyak ruang kerjasama boleh diterokai bersama Malaysia dan Brunei kerana kerjasama peringkat ASEAN…

Read More

Malaysia tuan rumah rundingan tahunan

BANDAR SERI BEGAWAN 24 Jun – Rundingan tahunan pemimpin Malaysia dan Brunei (ALC) yang bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara akan diadakan di Malaysia pada tahun ini. Menteri Luar Dr. Zambry Abdul Kadir berkata pertemuan tahunan dua pemimpin utama dan pegawai kanan dari kedua-dua negara itu bagi mendalami perkara-perkara yang perlu diselaraskan. “Tahun ini di Malaysia, sebelum ini di Bandar Seri Begawan pada 2021. Ini juga adalah antara perbincangan empat mata saya dengan Menteri Luar Kedua Brunei Datuk Seri Erywan Mohd Yusof semalam. “Kami bincang dalam usaha kukuhkan…

Read More

Kedah cuti Thaipusam 5 Februari

ALOR SETAR 24 Jan. – Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam, kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata mesyuarat EXCO pada 18 Januari lalu bersetuju meluluskan cuti peristiwa berkenaan yang bertujuan memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga. “Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Isu…

Read More

Lagi tiga ladang babi dijangkiti ASF

TANJONG 24 Jan. – Jumlah ladang yang terkena jangkitan penyakit demam babi Afrika atau ‘African swine fever‘ (ASF) di negeri ini meningkat kepada 21 setakat ini apabila tiga lagi ladang merekodkan kes baharu. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata setakat semalam kes jangkitan ASF itu masih membabitkan ladang di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS). Beliau berkata, untuk mengatakan keadaan bertambah buruk, terdapat ladang yang didapati negatif ASF hasil ujian saringan yang dilakukan. Bercakap kepada pemberita hari ini, kerajaan akan memantau situasi ini…

Read More

Kes harian Covid-19 turun kepada 142

PUTRAJAYA 24 Jan. –  Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 142 kes termasuk satu kes import berbanding 309 yang direkodkan kelmarin. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,034,972 iaitu 4,996,372 kes tempatan dan 38,600 kes import. Pada masa yang sama, untuk hari kedua berturut-turut tiada kematian baharu direkodkan dan ini bermakna jumlah kematian kekal 36,932 termasuk 7,866 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Isnin turun kepada…

Read More

17,500 hadir Rumah Terbuka Istana

SINGAPURA: Hujan tidak menghalang warga Singapura berkunjung ke Rumah Terbuka Istana sempena Tahun Baharu Cina semalam. Presiden Singapura Halimah Yacob berkata, pihaknya mengalu-ngalukan kehadiran lebih 17,500 pengunjung pada majlis itu. “Saya gembira ramai pengunjung dapat menyertai sambutan perayaan dan menyertai pelbagai aktiviti di istana,” katanya melalui hantaran di Facebooknya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung yang memberi kerjasama kepada kakitangan dan sukarelawan Istana bagi kelancaran majlis. Ini adalah sambutan secara besar-besaran sejak pandemik Covid-19 melanda di mana para pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai acara. Para pengunjung juga berpeluang mencuba…

Read More

Satu dos vaksin setiap tahun

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mencadangkan pemberian satu dos vaksin Covid-19 yang diperbaharui setiap tahun untuk setiap individu dewasa sihat. Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi Covid-19 di negara itu. Di samping itu panel penasihat kesihatan juga diminta untuk mempertimbangkan penggunaan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setiap tahun kepada kanak-kanak, warga emas dan individu dengan imnuniti rendah. FDA pada masa sama mencadangkan pemilihan rutin tersebut terhadap varian baharu berdasarkan vaksin yang dikemaskini. Pada masa yang sama, FDA juga berharap jadual imunisasi…

Read More