Satu dos vaksin setiap tahun

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mencadangkan pemberian satu dos vaksin Covid-19 yang diperbaharui setiap tahun untuk setiap individu dewasa sihat.

Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi Covid-19 di negara itu.

Di samping itu panel penasihat kesihatan juga diminta untuk mempertimbangkan penggunaan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setiap tahun kepada kanak-kanak, warga emas dan individu dengan imnuniti rendah.

FDA pada masa sama mencadangkan pemilihan rutin tersebut terhadap varian baharu berdasarkan vaksin yang dikemaskini.

Pada masa yang sama, FDA juga berharap jadual imunisasi tahunan boleh menyumbang kepada penggunaan vaksin yang kurang rumit.

Related posts

Leave a Comment