17,500 hadir Rumah Terbuka Istana

SINGAPURA: Hujan tidak menghalang warga Singapura berkunjung ke Rumah Terbuka Istana sempena Tahun Baharu Cina semalam.

Presiden Singapura Halimah Yacob berkata, pihaknya mengalu-ngalukan kehadiran lebih 17,500 pengunjung pada majlis itu.

“Saya gembira ramai pengunjung dapat menyertai sambutan perayaan dan menyertai pelbagai aktiviti di istana,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung yang memberi kerjasama kepada kakitangan dan sukarelawan Istana bagi kelancaran majlis.

Ini adalah sambutan secara besar-besaran sejak pandemik Covid-19 melanda di mana para pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai acara.

Para pengunjung juga berpeluang mencuba seni kaligrafi Cina dan menghasilkan lilin serta menyertai lawatan di sekitar bangunan utama Istana.

(Foto FB Presiden)

Related posts

Leave a Comment