Malaysia kutuk tindakan bakar al-Quran

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama untuk memerangi sentimen Islamofobia dan menggalakkan hubungan harmoni serta kewujudan bersama secara aman dalam kalangan individu yang berbeza agama dalam komuniti global yang pelbagai.

Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir berkata Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan segala bentuk keganasan serta kebencian terhadap Islam termasuk sentimen islamofobia dan ekstremisme.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini, beliau berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobik Rasmus Paludan, ahli politik Sweden-Denmark yang ekstrim, yang bertindak membakar senaskah al-Quran Karim di Stockholm, Sweden pada 21 Januari lalu.

“Tindakan keji ini jelas merupakan serangan secara terang-terangan terhadap Islam dan umat Islam di seluruh dunia yang telah melampaui batas moral dan norma hak kebebasan bersuara.

Ketaksuban, perkauman dan penodaan keji terhadap kitab suci itu, tanpa mengira agama, adalah tidak boleh diterima dan wajar dikutuk. Malaysia mengulangi bahawa kebebasan bersuara tidak boleh disamakan dengan kebebasan menghina. Ia bertentangan dengan prinsip sejagat dalam menghormati agama,” katanya.

Malaysia berpendapat, tindakan kerajaan Sweden tidak mengambil sebarang tindakan bagi menghentikan aktiviti yang melampau ini, walaupun terdapat beberapa bantahan daripada pelbagai pihak, tidak boleh diterima sama sekali.

Katanya, sikap sedemikian boleh memberi kesan yang serius terhadap hubungan antara Sweden dan umat Islam di seluruh dunia.

Malaysia menggesa kerajaan Sweden untuk mengambil tindakan segera terhadap pelaku perbuatan terkutuk ini dan mengambil langkah yang serius untuk memerangi sentimen Islamofobia yang semakin membimbangkan di Sweden.

Ketaksuban, perkauman dan penodaan keji terhadap kitab suci itu, tanpa mengira agama, adalah tidak boleh diterima dan wajar dikutuk. Malaysia mengulangi bahawa kebebasan bersuara tidak boleh disamakan dengan kebebasan menghina. Ia bertentangan dengan prinsip sejagat dalam menghormati agama.

Related posts

Leave a Comment