Malaysia catat 309 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 23 Jan. – Sebanyak 309 kes jangkitan harian Covid-19 termasuk satu kes import dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,034,830 yang meliputi 4,996,231 kes tempatan dan 38,599 kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, jumlah kematian setakat semalam kekal 36,932 termasuk 7,866 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) berikutan tiada kematian baharu dilaporkan.

Sementara itu, terdapat 10,337 kes aktif Covid-19 direkodkan bertambah 17 kes berbanding kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,943 atau 96.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 381 atau 3.7 peratus pesakit dirawat di hospital dan 13 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU) di mana 10 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 292 pesakit dilaporkan sembuh semalam yang membawa kepada jumlah

keseluruhan kes sembuh dalam negara meningkat kepada 4,987,561 kes.

Sementara itu Pulau Pinang merekodkan 89 kes diikuti Selangor 85, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 51, Negeri Sembilan 14, Johor 14, Sarawak 13, Kedah 12, Melaka 9,  Terengganu 6, Perak 5, Putrajaya 5,  Sabah 3, Pahang 2, Kelantan 1 manakala tiada kes di Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Related posts

Leave a Comment