RIYADH – Enam lapangan terbang Arab Saudi sudah bersiap sedia untuk menerima kedatangan jemaah haji dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H tahun ini. Enam lapangan terbang antarabangsa utama yang ditetapkan oleh MATARAT Holding, adalah Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz di Madinah. Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Lapangan Terbang Antarabangsa Taif dan Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Abdulmohsin bin Abdulaziz di Yanbu. Di samping itu persiapan juga merangkumi pelan 13…
Read MoreDay: April 20, 2026
Tidak timbul isu tangguh PRN Melaka, Johor
DUNGUN 20 April – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor dengan mengisytiharkan darurat. Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Melaka adalah kuasa Sultan Johor dan Yang Dipertua Negeri Melaka, bukannya kuasa PH. Justeru Presiden UMNO, itu membidas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan mengisytiharkan darurat PRN Melaka dan Johor disebabkan takut menerima kekalahan. Beliau berkata, kerajaan tidak akan mengikut langkah Muhyiddin yang mengisytihar darurat bagi menangguhkan pilihan raya…
Read MoreSelesai, tamatkan masalah asas rakyat
SHAH ALAM 20 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Beta bertitah, baginda tidak akan jemu untuk terus menitahkan agar tindakan diambil sehingga masalah asas seperti banjir dan bekalan air bersih diselesaikan dan ditamatkan. Justeru, baginda menitahkan kerajaan negeri mencari pendekatan lebih sistematik, bersepadu dan berkesan untuk menyelesaikan masalah yang menjadi rungutan rakyat, bukan asyik bercakap sahaja. Baginda memaklumkan pernah menasihatkan kerajaan negeri merujuk pakar dari negara luar terutama Belanda bagi mendapatkan idea terbaik mengatasi masalah banjir di Selangor. “Beta difahamkan setiap tahun akan ada peruntukan dari belanjawan negeri…
Read MoreBuat persiapan awal depani cabaran
SHAH ALAM 20 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Kerajaan Negeri membuat persiapan awal bagi mendepani cabaran ketidaktentuan ekonomi global yang bakal dihadapi akibat peperangan di Asia Barat. Titah baginda, krisis berkenaan memberi kesan langsung kepada Malaysia sehingga mengakibatkan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan, sekali gus mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat. Justeru, Sultan Sharafuddin menitahkan kerajaan negeri memberi keutamaan sepenuhnya kepada perbelanjaan keperluan asas yang penting, sekali gus membantu rakyat meringankan beban yang mereka hadapi. “Segala bentuk pembaziran hendaklah dielakkan dan setiap sen yang dibelanjakan…
Read MoreBerita pilihan…
Israel guna segala kekuatan di Lubnan
BEIRUT – Israel mengarahkan tenteranya untuk menggunakan kekuatan penuh sama ada di darat atau udara, termasuk ketika gencatan senjata, bagi melindungi tentera di Lubnan daripada sebarang ancaman. Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata tentera turut diarahkan merobohkan mana-mana struktur atau jalan yang dipasang bahan letupan dan menghapuskan rumah berhampiran sempadan yang berfungsi sebagai pangkalan Hizbullah. Media laporan media, Israel masih memusnahkan sisa-sisa rumah di Bint Jbeil, selepas operasi sama dilaporkan berlaku sehari sebelumnya di kawasan itu yang menyaksikan pertempuran sengit sebelum gencatan senjata. Sabtu lalu, tentera Israel memaklumkan sudah mewujudkan…
Read MoreIran tidak akan serah Selat Hormuz
TEHRAN – Iran tidak akan menyerahkan kawalan ke atas Selat Hormuz, laluan perairan strategik yang dianggap sebagai antara aset utama negara itu untuk menghadapi musuh, kata Ahli Parlimen kanan Iran, Ebrahim Azizi. Bekas komander Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) ity berkata, kawalan ke atas Selat Hormuz merupakan “hak mutlak yang tidak boleh dinafikan” Iran. “Iran berhak menentukan laluan pelayaran, termasuk memberi kebenaran kepada kapal-kapal yang ingin melalui Selat Hormuz,” katanya dalam temu bual di Tehran sambil memaklumkan, langkah itu bakal dimaktubkan dalam undang-undang. Beliau berkata Iran sedang membentangkan rang…
Read More