‘Rumah Baharu’ Hamzah ratusan ribu ahli

LARUT – Bekas Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa rumah baharu’ yang dijangka diumumkan Mei depan sebagai parti politik yang bakal mempunyai kekuatan besar dengan jumlah keahlian mencecah ratusan ribu orang. Ahli Parlimen Larut, itu,bagaimanapun berkata perincian mengenainya belum dapat didedahkan kerana perbincangan berkaitan masih giat dijalankan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), selain nama rasmi entiti itu belum dimuktamadkan. “Buat masa ini, perbincangan sedang giat dijalankan dengan ROS untuk memastikan segala prosedur dipatuhi sebelum sebarang pengumuman dibuat, sekali gus mengelakkan timbul isu teknikal atau perundangan pada masa depan.…

Read More

New Delhi panggil duta Iran

MUMBAI – Kementerian Luar India memanggil duta Iran bagi menyampaikan bantahan berhubung ‘kes tembakan’ yang membabitkan dua kapal berbendera India di Selat Hormuz. Iran dilaporkan telah menarik balik janji untuk membuka semula laluan perdagangan strategik itu kepada trafik komersial semasa gencatan senjata dalam perang di Asia Barat. Ini sebagai tindak balas terhadap sekatan balas Amerika Syarikat (AS) ke atas laluan air berkenaan yang juga laluan penting bagi minyak mentah dan gas. Pemantau keselamatan berkata beberapa kapal dagang turut menjadi sasaran tembakan dan ancaman oleh tentera Iran pada 18 April ketika…

Read More

Amaran kapal hampiri Selat Hormuz

TEHRAN – Tentera laut Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memberi amaran tiada kapal harus meninggalkan tempat ia berlabuh di Teluk Parsi dan Laut Oman dan mana-mana kapal yang menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai sasaran. “Sebarang percubaan untuk menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai bekerjasama dengan musuh, dan kapal yang melanggar akan menjadi sasaran,” demikian menurut kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi IRGC. Menurut kenyataan sama, selat itu ditutup mulai petang ini sehingga Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan laut terhadap kapal dan pelabuhan Iran. Dalam kenyataan yang disiarkan…

Read More