SEPANG 13 Jan. – – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyangkal dakwaan bahawa parti itu akan terbubar sendiri sebaliknya yakin hayat politik Pas jauh lebih lama daripada UMNO.
“Saya tidak mendoakan UMNO bubar — kerana UMNO masih punya peranan dan juga kekuatannya yang tersendiri, ada sumbangan yang masih diperlukan daripada UMNO.,” katanya dalam reaksi menerusi Facebook.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berharap Pas terbubar” sendiri apabila UMNO menukar dasar kepada Islam di dalam Perlembagaan.
“Baguslah UMNO telah menukar dasar kepada Islam, tetapi dengan situasi UMNO berada di dalam kerajaan dan boleh menukar dasar pada bila-bila masa seperti hari ini, sangatlah lebih utama untuk Pas terus kekal berdiri,” katanya.
Ahmad Fadhli berkata,Zahid berhujah dengan memetik kata-kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyatakan Pas akan “terbubar” jika UMNO bersedia menukar dasar kepada Islam.
Zahid berhujah dengan memetik kata-kata Allahyarham Nik Abdul Aziz yang menyatakan Pas akan “terbubar” jika UMNO bersedia menukar dasar kepada Islam.
“Saya tidak ingin mengambil serius sangat ucapan sepintas lalu Datuk Seri Zahid ini — sekadar respons ringkas bahawa setiap kata-kata itu sesuai dengan zamannya.
Kalau nak diambil hujah ucapan lama, bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah berkata Melayu akan menjadi “bangsat” apabila UMNO kalah. Ucapan itu dikeluarkan pada tahun 201
UMNO telah kalah pada tahun 2018 dan tidak pun boleh dikatakan menang pada tahun 2022, walaupun menyertai kerajaan pada hari ini. Soalan saya: adakah Melayu sedang menjadi “bangsat” sekarang ini?
Jika benar Melayu menjadi “bangsat” seperti dakwaan itu, maka apa yang sedang UMNO usahakan untuk memartabatkan kembali Melayu selain daripada bersama DAP di dalam kerajaan?,” soal Fadhli.
Beliau turut menyindir Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi, yang bersumpah dengan nama Allah tidak akan bersama Anwar Ibrahim juga DAP.
“Jika dibandingkan dengan ucapan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang tidak pun bersumpah dengan nama Allah, bagaimana pula ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang bersumpah dengan nama Allah tidak akan bersama Anwar Ibrahim juga DAP?,” tanya
Nnnn
