Malaysia kutuk tindakan bakar al-Quran

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom semalam. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan memastikan langkah drastik diambil pada masa depan dalam menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara itu. Katanya, tindakan mencemar kitab suci umat Islam secara terang-terangan oleh ahli politik Sweden terbabit dan tiada sebarang tindakan diambil, ibarat bersetuju membiarkan Islamofobia. Beliau dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu bukan sahaja mengundang provokasi dan sensitiviti  kepada Turkiye, malah…

Read More

PN senarai pendek calon mampu menang

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Perikatan Nasional (PN) akan menyenarai pendek individu yang mampu menang dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang dijangka  diadakan selewat-lewatnya Julai ini. Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata, bagi tujuan itu gabungan itu amat berhati-hati dalam proses rundingan atau meneliti pemilihan calon. PN yang ketika ini menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah berhasrat untuk p memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Negeri Sembilan dan tidak mustahil juga boleh menang di DUN Pulau Pinang. “PN perlu memastikan semua calon yang akan bertanding kali ini…

Read More

Henti budaya masuk politik untuk jadi kaya

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Budaya ‘masuk politik untuk menjadi kaya’ perlu dihentikan segera, sebaliknya kekayaan perlu dijana menerusi perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, negara akan rosak jika orang masuk politik mahu menjadi kaya. “Saya beri beberapa peraturan (kepada jemaah menteri) kalau nak kuat (stabilkan kerajaan) dan dapat sokongan rakyat, pemimpin kena tolak rasuah. “Kalau nak kaya, kena berniaga dan jadi ahli perniagaan. Kalau nak jadi menteri dan jadi kaya, mereka kena keluar (daripada bidang politik),” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan…

Read More

PN sedia tangkis dakwaan UMNO

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Perikatan Nasional (PN) mendakwa, mempunyai bukti kukuh bagi menafikan dakwaan gabungan itu melakukan sogokan wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada masa yang sama pemberian duit semasa kempen pilihan raya juga adalah bergantung kepada niat dan tujuan seseorang itu. Justeru pasukan pembelaan parti itu sudah bersedia membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu yang dibuat melalui petisyen pilihan raya itu, adalah tidak benar. “Sudah tentu bila dia cabar kita dengan membuat petisyen, kita akan pastikan bahawa…

Read More

Anwar ‘kembali’ ke Wisma MCA

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Selepas 25 tahun, Anwar Ibrahim hari ini ‘kembali’ ke Wisma MCA bagi merayakan sambutan Tahun Baharu Cina bersama MCA, parti komponen Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri yang kelihatan gembira ketika hadir pada majlis itu  berkata beliau menghargai undangan MCA ke majlis berkenaan, selepas komponen BN itu kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan pimpinannya. Kali terakhir Anwar menghadiri majlis berkenaan adalah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebelum dipecat daripada jawatan itu pada 1998. Turut hadir isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Dr…

Read More

Zahid bidas agih wang dianggap sedekah

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap ‘double standard’ Presiden Pas  Abdul Hadi Awang yang mendakwa agihan wang kepada pengundi sebagai sedekah. Katanya sikap seumpama itu dibimbangi akan menyebabkan tanggapan serong umum khususnya orang Islam berikutan sikap ditonjolkan Ahli Parlimen Marang itu selaku ulama yang beliau dakwa tiada integriti. “Kalau dia buat (dianggap) sedekah. Kalau kita bagi (dianggap) rasuah. Ulama ini jangan tukar-tukar hukum dan jangan tukar fatwa…akhirnya ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam. Ulama kena ada…

Read More

Bas terbakar 44 penumpang terselamat

SERDANG 22 Jan. – Seramai 44 penumpang terselamat selepas bas persiaran dinaiki mereka mengalami kebakaran di Plaza Tol UPM, Serdang. Bas persiaran dari Johor Bharu yang menghala ke Kuala Lumpur itu mengalami kebakaran 100 peratus. Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.19 pagi. Kesemua 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri manakala kebakaran turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Read More

80 peratus individu dijangkiti di China

BEIJING: Satu kajian menunjukkan sebanyak 80 peratus individu di China telah dijangkiti Covid-19 sejak pandemik itu dikesan. Justeru Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou, berkata kemungkinan berlaku gelombang jangkitan baharu Covid-19 di China dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang adalah rendah. Katanya, pergerakan besar-besaran rakyat sempena Tahun Baharu Cina meningkatkan risiko penularan namun gelombang kedua Covid-19 tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat. Beratus-ratus juta rakyat China mengembara ke seluruh negara untuk meraikan Tahun Baharu Cina selepas sekatan dilonggarkan pertama kali dalam tempoh dua…

Read More