80 peratus individu dijangkiti di China

BEIJING: Satu kajian menunjukkan sebanyak 80 peratus individu di China telah dijangkiti Covid-19 sejak pandemik itu dikesan.

Justeru Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou, berkata kemungkinan berlaku gelombang jangkitan baharu Covid-19 di China dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang adalah rendah.

Katanya, pergerakan besar-besaran rakyat sempena Tahun Baharu Cina meningkatkan risiko penularan namun gelombang kedua Covid-19 tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Beratus-ratus juta rakyat China mengembara ke seluruh negara untuk meraikan Tahun Baharu Cina selepas sekatan dilonggarkan pertama kali dalam tempoh dua tahun sekaligus meningkatkan kebimbangan peningkatkan kes di luar bandar.

Menurut seorang Pegawai Kesihatan Kebangsaan China, negara itu telah melepasi kemuncak Covid-19 bagi semua kategori pesakit.

Related posts

Leave a Comment