Bas terbakar 44 penumpang terselamat

SERDANG 22 Jan. – Seramai 44 penumpang terselamat selepas bas persiaran dinaiki mereka mengalami kebakaran di Plaza Tol UPM, Serdang.

Bas persiaran dari Johor Bharu yang menghala ke Kuala Lumpur itu mengalami kebakaran 100 peratus.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.19 pagi.

Kesemua 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri manakala kebakaran turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related posts

Leave a Comment