Anwar mampu tingkat martabat negara

KUCHING 19 Jan. –  Pengalaman luas yang dimiliki  Anwar Ibrahim membolehkan Perdana Menteri mentadbir Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan martabat Malaysia di mata dunia, kata Premier Sarawak Abang Johari Abang Openg Beliau berkata, dengan latar belakang politik yang disegani, Anwar, berkeupayaan menjadi Perdana Menteri yang akan meletakkan Malaysia sebagai negara tersohor dan dihormati. Justeru katanya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menerajui kerajaan sejurus Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan pembentukan Kerajaan Perpaduan. “Kita lihat penggal yang lepas, politik negara kita tidak aman dan kita…

Read More

MA63, kos sara hidup keutamaan Anwar

KUCHING 19 Jan. –  Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta fokus menangani kos sara hidup rakyat adalah antara yang menjadi keutamaan Anwar Ibrahim sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. Menurut Anwar berhubung MA63, arahan pertama dikeluarkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof ialah mengetuai pasukan khas untuk menyelesaikan isu MA63 secepat mungkin. Katanya, MA63 adalah perjanjian untuk membentuk sebuah negara dan ia harus dipegang serta dihormati. “Sebab itu, saya memberi keutamaan kepada permasalahan yang tidak kunjung padam mengenai MA63. Kita dalam dunia politik berpegang kepada prinsip al-Quran bahawa perjanjian itu…

Read More

Ayam masih belum bertelur

BENTONG 19 Jan. – Bekalan telur dijangka stabil di pasaran dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, sekali gus mengatasi kekurangan dan memenuhi keperluan pengguna, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Fuziah Salleh. Beliau berkata isu tersebut sudah bermula sejak beberapa bulan lalu pada tahun lepas kerana kekurangan baka ayam penelur. “Jadi bila kita sudah dapat membawa masuk baka ayam yang baharu, dan ia perlukan tempoh enam bulan untuk bertelur. Tempoh enam bulan itu sudah hampir ke penghujung, dan berada dalam fasa akhir. “Apabila kita sudah sampai ke fasa tersebut,…

Read More

Rokok RM10.8 juta dirampas

SUNGAI BULOH 19 Jan. – Empat lelaki tempatan ditahan dan sebanyak 143,950 karton rokok tidak bercukai bernilai RM10,864,000 dirampas dari sebuah stor di Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh dekat sini, semalam. Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 12.15 tengah hari itu menahan lelaki lelaki tempatan berkenaan yang bertindak sebagai transporter dan penjaga stor. Hasil serbuan, polis merampas 122,750 karton rokok jenama La Black dan 21,200 karton rokok jenama La Light yang tidak bercukai kastam dan merampas sebuah…

Read More

Terapkan Madani dalam pentadbiran

PUTRAJAYA 19 Jan. – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata ‘Malaysia Madani’ adalah sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. Ketika menyampaikan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari ini, beliau menyeru semua pihak khususnya barisan Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam supaya menerapkan Madani dalam urusan pentadbiran. “Saya menaruh keyakinan tinggi Malaysia berupaya diangkat semula di persada (dunia)… kita tidak mahu Malaysia tercemar dengan skandal permasalahan dan pertelingkahan. “Negara Madani angkat martabat negara untuk harus dikenali dan dihormati sebagai negara…

Read More

“Membangun Malaysia Madani

PUTRAJAYA 19 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerangka dasar baharu untuk negara dikenali ‘Membangun Malaysia Madani’, terdiri daripada enam tonggak dasar yang dirumus bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara. Enam tonggak itu terdiri daripada M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan). Perdana Menteri ketika menyampaikan amanatnya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini berkata tema Madani akan kekal relevan dan mampu selamatkan negara. Konsep Madani menggambarkan kepercayaan yang dicerna antara kerajaan dan rakyatnya berdasarkan pada asas…

Read More

Adern letak jawatan PM New Zealand

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan dan merancang meletak jawatan sebelum akhir Februari ini. Katanya, penggal jawatannya sebagai Perdana Menteri akan berakhir sebelum 7 Februari ini tetapi akan terus berkhidmat sebagai ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada 14 Oktober tahun ini. Pada mesyuarat tahunan Parti Buruh New Zealand pimpinannya hari ini, Ardern berkata beliau ‘tidak lagi bertenaga untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan’ dan ‘sudah tiba masanya’. Beliau berkata, jawatan istimewa ini datang dengan tanggungjawab tinggi dan kesedaran bahawa anda adalah…

Read More

29 tiada dalam senarai penerima darjah kebesaran

KUANTAN 19 Jan. – Kerajaan Pahang menyenaraikan 29 individu yang tiada dalam senarai penerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur. Senarai itu didedahkan kepada umum melalui Notis Awam yang dikeluarkan kerajaan negeri kelmarin. Nama individu terlibat disenaraikan susulan pemalsuan nama penerima pingat daripada Sultan Pahang berhubung gelaran Datuk dan Datuk Seri, sebelum ini. Notis terbabit dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menerusi di Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

Read More