PONTIAN 15 Jan. – Tindakan 10 Ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebelum ini mempunyai tujuan dan sebab yang berbeza, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Hasni Mohammad. Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata sehingga kini beliau tertanya-tanya di mana elemen pengkhianatan seperti yang didakwa. “Saya percaya ramai pihak yang bertanya dan ada yang sudah menjawab mengenai 10 Ahli Parlimen yang tandatangan SD sokong Perikatan Nasional (PN). Saya hanya boleh katakan bahawa antara 10 itu semuanya mempunyai tujuan berbeza. Ada yang tandatangan sebab berpegang kepada keputusan Perhimpunan…
Read MoreDay: January 15, 2023
Tidak wajar halang ahli tanding No. 1 , 2
PONTIAN 15 Jan. – Tidak wajar untuk menghalang mana-mana ahli parti untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, walaupun ketetapan sudah dicapai dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, semalam. Pengerusi UMNO Johor, Hasni Mohammad, mendakwa ia berikutan kaedah usul tambahan berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan ketika PAU 2022, adalah melanggar perlembagaan parti. Justeru Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, berpandangan isu pemilihan jawatan tertinggi parti itu perlu diteliti sewajarnya. Beliau berpendapat, cara usul tambahan itu dibawa melanggar kehendak perlembagaan parti, sedangkan usul itu perlu mendapat persetujuan…
Read MoreMadius Tangau serah jawatan Presiden UPKO
PENAMPANG 15 Jan.- Madius Tangau secara rasmi melepaskan jawatan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kepada Naib Presidennya, Ewon Benedick, berkuat kuasa hari ini. Ahli Parlimen Tuaran itu, berkata selepas ini beliau akan menumpukan tugas baharu sebagai Presiden Kehormat UPKO menggantikan pengasas parti, Bernard Dompok, selain kekal sebagai Ketua Bahagian UPKO Tuaran. “Majlis Tertinggi UPKO melantik saya menjadi Presiden Kehormat, jadi saya akan terus menyumbang kepada UPKO dari segi perjuangan parti, namun skopnya lebih kecil Saya juga masih Ketua Bahagian UPKO Tuaran. Selepas ini beban tugas presiden sudah tiada di…
Read MorePemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan
MENTERI-menteri Kabinet hari menghadiri Program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Program yang berlangsung di Seri Perdana ini pagi ini memberi peluang kepada semua Jemaah Menteri untuk berbincang KPI, perancangan dan hal tuju Kementerian masing-masing. Ia berpandukan fokus Kerajaan Perpaduan iaitu, kebajikan rakyat didahulukan. Sebelum ini, Perdana Menteri dilapor berkata, satu program permukiman akan diadakan untuk jemaah menteri bagi menetapkan KPI setiap kementerian. Selain itu, ia juga bertujuan mendapatkan input daripada menteri setelah lebih sebulan memikul tanggungjawab dan mengemukakan perkara yang dapat dilakukan…
Read MoreLima kerusi PKR Kedah perlu dipertahan
SUNGAI PETANI 15 Jan – PKR perlu mempertahankan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tradisinya, sebelum meletakkan sasaran menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah akan datang. Menurut Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli, sejak 2008, lima kerusi berkenaan adalah Bakar Arang, Sidam, Bukit Selambau, Lunas dan Kulim. “Saya tak kata tak ada risiko (kalah), semua ada risiko sebab di Kedah berlaku hayunan undi Melayu sehingga 70 hingga 80 peratus, jadi jika itu berlaku (pada PRN) semua kerusi termasuk kerusi tradisi PKR dalam keadaan risiko. “Secara realisitik kita perlu…
Read MoreKeahlian MN kini cecah 30,000
SEPANG 15 Jan. – Muafakat Nasional (MN) kini mempunyai 30,000 keahlian selepas lebih sebulan permohonan untuk menyertai pertubuhan itu dibuka kepada orang ramai, kata Presidennya, Annuar Musa. Beliau berkata, dengan pencapaian jumlah keahlian seramai itu, tiba masanya untuk MN memulakan penubuhan perhubungan negeri dan kawasan. Melalui catatan di Facebooknya, Annuar berkata, penubuhan Perhubungan negeri akan bermula di Sabah pada 5 Februari ini disusuli Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan negeri-negeri lain.. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mula membuka keahlian kepada orang ramai mulai 10 Disember itu hampir mencecah keahlian…
Read MoreBerita pilihan…
Kes harian turun kepada 287
PUTRAJAYA 15 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 287 kes termasuk satu kes import berbanding 320 yang dilaporkan kelmarin. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,032,433 iaitu 4,993,852 kes tempatan dan 38,581 kes import. Menurut portal KKMNOW tiada kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kekal kepada 36,908 termasuk 7,861 kes kematian luar hospital (BID). Sementara itu, kes aktif turun sebanyak 303 kes berbanding sebelumnya membawa kepada jumlah keseluruhan 20,634 dan daripada jumlah ini, 10,175 atau 95.7…
Read MoreCovid-19: 60,000 maut sejak sekatan longgar
BEIJING: China mendakwa hampir 60,000 orang dijangkiti Covid-19 telah meninggal dunia di hospital sejak negara itu melonggarkan sekatan dasar sifar Covid awal Disember lalu. Dalam tempoh antara 8 Disember hingga 12 Januari, jumlah kematian berkaitan Covid-19 di hospital seluruh China berjumlah 59,938 kes dengan purata jumlah umur 80.3 tahun dan 90.1 peratus berumur 65 tahun ke atas. Ketua Biro Pentadbiran Perubatan di bawah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Jiao Yahui berkata, 5,503 daripada kematian itu berpunca daripada kegagalan pernafasan akibat Covid-19, manakala 54,435 disebabkan gabungan Covid-19 dan penyakit lain. Kali terakhir…
Read More