Kes harian turun kepada 287

PUTRAJAYA 15 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 287 kes termasuk satu kes import berbanding 320 yang dilaporkan kelmarin.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,032,433 iaitu 4,993,852 kes tempatan dan 38,581 kes import.

Menurut portal KKMNOW tiada kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kekal kepada 36,908 termasuk 7,861 kes kematian luar hospital (BID).

Sementara itu, kes aktif turun sebanyak 303 kes berbanding sebelumnya membawa kepada jumlah keseluruhan 20,634 dan daripada jumlah ini, 10,175 atau 95.7 peratus menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit di pusat kuarantin PKRC.

Sebanyak 439 pesakit atau 4.1 peratus mendapatkan rawatan di hospital di mana 20 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan tujuh pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa yang sama, sebanyak 590 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,984,891 orang pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment