Keahlian MN kini cecah 30,000

SEPANG 15 Jan. – Muafakat Nasional (MN) kini mempunyai 30,000 keahlian selepas lebih sebulan permohonan untuk menyertai pertubuhan itu dibuka kepada orang ramai, kata Presidennya, Annuar Musa.

Beliau berkata, dengan pencapaian jumlah keahlian seramai itu, tiba masanya untuk MN memulakan penubuhan perhubungan negeri dan kawasan.

Melalui catatan di Facebooknya, Annuar berkata, penubuhan Perhubungan negeri akan bermula di Sabah pada 5 Februari ini disusuli Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan negeri-negeri lain..

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mula membuka keahlian kepada orang ramai mulai 10 Disember itu hampir mencecah keahlian 20,000 orang pada 15 Disember lalu.

Menurut Annuar, MN akan memainkan peranan menanam nilai serta kefahaman kenegaraan yang berasaskan tiga prinsip, iaitu kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati.

Sehingga kini, empat negeri iaitu Pahang, Sabah, Selangor dan Sarawak sudah mempunyai Pengerusi Perhubungan.

Beliau juga mengumumkan Pengerusi Perhubungan MN Pahang adalah Nasrudin Hassan Tantawi yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas, serta Jasmit Japong (Sabah), Zuraida Kamarudin (Selangor) dan Justine Jinggot (Sarawak).

Related posts

Leave a Comment