MENTERI-menteri Kabinet hari menghadiri Program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Program yang berlangsung di Seri Perdana ini pagi ini memberi peluang kepada semua Jemaah Menteri untuk berbincang KPI, perancangan dan hal tuju Kementerian masing-masing.
Ia berpandukan fokus Kerajaan Perpaduan iaitu, kebajikan rakyat didahulukan.
Sebelum ini, Perdana Menteri dilapor berkata, satu program permukiman akan diadakan untuk jemaah menteri bagi menetapkan KPI setiap kementerian.
Selain itu, ia juga bertujuan mendapatkan input daripada menteri setelah lebih sebulan memikul tanggungjawab dan mengemukakan perkara yang dapat dilakukan atau diperbaiki.
(Foto FB TPM Zahid)
