Syor penduduk pakai pelitup muka

MELAKA 3 Jan. – Kerajaan negeri mengesyorkan penduduk di negeri itu memakai pelitup muka di tempat tertutup dan kawasan tumpuan ramai bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata penduduk juga disaran mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan sebelum ini ketika di tempat awam. “Kita akan memantau pematuhan SOP dan peningkatan kes dalam tempoh dua minggu ini dan jika kes meningkat, kita akan menguatkuasakan semula undang-undang pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dan di kawasan orang ramai.…

Read More

“Guan Eng, sipakah puak ekstremis itu?”

SEPANG 3 Jan. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mempersoalkan siapakah yang dimaksudkan oleh Lim Guan Eng sebagai puak ekstremis yang didakwanya ingin memecahbelahkan rakyat dan perlu dikalahkan. Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Shahrulufti Sharif berkata, Pengerusi DAP itu perlu menjelaskan kepada rakyat siapa puak berkenaan sebelum mengajak rakyat bersatu mengalahkan golongan itu. “Ahli Parlimen Bagan (Guan Eng), siapakah puak ekstremis yang anda maksudkan, bila bercakap biar jelas, dan nyatakan pihaj mana, puak mana, individu mana, NGO mana atau parti mana,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari…

Read More

PAU 2022 hanya bahas ucapan dasar

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 11 hingga 14 Januari ini hanya membahaskan usul ucapan dasar Presiden, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan. Katanya berkata, berbeza dengan perhimpunan agung sebelum ini, hanya satu usul saja akan dibahaskan yang tentunya akan menyentuh hal pendidikan, agama, ekonomi, politik dan antarabangsa. Bercakap pada sidang media hari ini, beliau berkata, seramai 2,648 perwakilan bersama 174 pemerhati dijangka hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022. Bercakap pada sidang media hari ini, Ahmad menjelaskan rasional hanya…

Read More

Bersatu kalahkan puak ekstremis – Guan Eng

BAGAN 3 Jan. – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengajak rakyat bersatu mengalahkan puak-puak ekstremis yang ingin memecah belahkan rakyat supaya dapat menumpukan perhatian kepada masalah ekonomi negara dan menghapuskan amalan rasuah. “Hanya bila kita teguh bersama barulah Malaysia akan maju bersama,” katanya melalui hantaran di Facebooknya hari ini. Katanya, kerajaan Perpaduan di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong akan terus fokus kepada ekonomi agar rakyat hidup lebih selesa, mempunyai peluang kerja dan kebajikan semua dilindungi. Sebelum itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan hadir pada majlis perasmian Pejabat Pusat…

Read More

Varian menular di China dikesan tahun lalu

PUTRAJAYA 3 Jan. – Varian BA.5.2 dan BF.7 Covid-19 yang sedang menular di China, dikesan berada di Malaysia sejak Mac dan Ogos tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kemuncak penularan varian BA.5.2, adalah sekitar September hingga Oktober tahun lalu dan banyak ditemui di Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat (AS). “Ia dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022. Sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes dijangkiti dengan BA.5.2. Kini prevalen varian ini semakin menurun di seluruh dunia,” katanya dalam hantaran di…

Read More

Air zamzam hanya bagi pemegang visa umrah, haji

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi kekal dengan peraturan menetapkan pemegang visa umrah atau haji sahaja yang boleh membawa pulang air zamzam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dengan Penerbangan Antarabangsa. Timbalan Presiden Eksekutif Hal Ehwal Haji dan Umrah, Essam F. Nour di Lapangan Terbang Jeddah berkata hanya pemegang visa berkenaan sahaja boleh berlepas dengan air zamzam melalui penerbangan keluar. Menurut laporan Haramain Sharifain, pekeliling dalaman telah diedarkan kepada pihak berkuasa Lapangan Terbang. Syarikat penerbangan seterusnya mengarahkan bahawa “hanya satu daripada botol biasa (5 liter) yang ditetapkan untuk pengangkutan udara, yang…

Read More

211 negara diminta namakan stadium Pele

PERSEKUTUAN Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan meminta setiap 211 negara mengabadikan nama Pele pada sebuah stadium bola sepak masing-masing sebagai penghormatan kepada legenda bola sepak dunia. Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, FIFA pastinya akan memberi penghormatan kepada ‘raja’ tersebut seperti mana beliau layak dan sudah meminta semua persatuan bola sepak di dunia untuk bertafakur sebelum setiap perlawanan. Pele, katanya merupakan satu-satunya pemain lelaki untuk memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan generasi akan datang mesti tahu dan mengingati Pele. Pemain bola sepak terhebat dunia sepanjang zaman itu, Pele menjaringkan…

Read More

Kes harian Covid-19 turun lagi

PUTRAJAYA 3 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 dalam negara masih menunjukkan trend penurunan dan kekal berada di bawah 500 kes apabila merekodkan 360 kes semalam berbanding 420 kes pada hari pertama 2023. Menurut portal KKMNOW satu kes import turut direkodkan dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,988,918 dan 38,539 kes import. Satu lagi kematian direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,858 orang meninggal dunia termasuk 7,854 kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang direkodkan semalam…

Read More