Air zamzam hanya bagi pemegang visa umrah, haji

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi kekal dengan peraturan menetapkan pemegang visa umrah atau haji sahaja yang boleh membawa pulang air zamzam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dengan Penerbangan Antarabangsa.

Timbalan Presiden Eksekutif Hal Ehwal Haji dan Umrah, Essam F. Nour di Lapangan Terbang Jeddah berkata hanya pemegang visa berkenaan sahaja boleh berlepas dengan air zamzam melalui penerbangan keluar.

Menurut laporan Haramain Sharifain, pekeliling dalaman telah diedarkan kepada pihak berkuasa Lapangan Terbang.

Syarikat penerbangan seterusnya mengarahkan bahawa “hanya satu daripada botol biasa (5 liter) yang ditetapkan untuk pengangkutan udara, yang dihasilkan daripada projek Air Zamzam Raja Abdullah bin Abdulaziz.

Related posts

Leave a Comment