Lima tekad Wanita Perpaduan

KUALA LUMPUR 14 Mei – Lima tekad diikrarkan pada akhir Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan yang julung kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri mengetuai ikrar itu yang turut dilafazkan bersama perwakilan konvensyen sebelum ditandatangani semua ketua wanita 19 parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudian menerima tekad itu. Hadir sama, Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan,Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Lima tekad itu adalah:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan memastikan kesepakatan rakyat agar masyarakat majmuk di Malaysia menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan sejahtera.

Menjadi peneraju utama dalam pembangunan komuniti masyarakat Madani.

Melaksanakan agenda pemerkasaan Wanita bagi memastikan wanita memainkan peranan dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Memastikan pembabitan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam membuat keputusan di setiap peringkat demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara dalam konteks mengupaya dan mencapai kesaksamaan.

Memastikan wanita mendapat pembelaan dan perlindungan dari aspek kebajikan, keselamatan, pendidikan, sosial dan hak asasi manusia.

Related posts

Leave a Comment