“Guan Eng, sipakah puak ekstremis itu?”

SEPANG 3 Jan. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mempersoalkan siapakah yang dimaksudkan oleh Lim Guan Eng sebagai puak ekstremis yang didakwanya ingin memecahbelahkan rakyat dan perlu dikalahkan.

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Shahrulufti Sharif berkata, Pengerusi DAP itu perlu menjelaskan kepada rakyat siapa puak berkenaan sebelum mengajak rakyat bersatu mengalahkan golongan itu.

“Ahli Parlimen Bagan (Guan Eng), siapakah puak ekstremis yang anda maksudkan, bila bercakap biar jelas, dan nyatakan pihaj mana, puak mana, individu mana, NGO mana atau parti mana,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang mengajak rakyat untuk bersatu demi mengalahkan puak-puak ekstremis yang ingin memecahbelahkan rakyat.

Putra bertanya sama ada Guan Eng sedar, puak ekstremis adalah golongan yang mempersoalkan dan selalu mendesak agar dasar nasional yang terikat dengan asas Perlembagaan Negara dipinda atas nama reformasi, hak asasi atau demokrasi.

“Ini termasuk Dong Zong yang menuntut di iktiraf Sijil UEC walaupun bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan, mempersoal hak bumiputera yang terjamin dalam perlembagaan (hak istimewa Melayu) dan bermacam karenah dilakukan oleh pihak -pihak tertentu.

“Apakah gulongan yang mendesak SOSMA dipinda boleh disifatkan ekstremis kerana yang ditahan di bawah Akta SOSMA adalah ektremis?,” katanya.

Shahrulufti berkata jika Guan Eng ikhlas menentang ekstremis, beliau sepatutnya mendesak Kerajaan mengekalkan SOSMA dan mengembalikan ISA supaya polis dapat bertindak dengan cepat dan berkesan terhadap golongan ekstremis.

Beliau bertanya sama ada tanggungjawab orang Islam dari segi akidah yang menentang judi dan mendesak judi diharamkan boleh disifatkan ekstremis?

Adakah bagi umat Islam, perjuangan menegakkan hukum Allah SWT itu sebagai ektremis dan adakah perjuangan Malaysian Malaysia bukan ektremis?

“Lim Guan Eng harus belajar memahami ajaran Islam dan akidah orang Islam. Saya pasti, jika disentuh ajaran agama seperti Kristian ataupun agama lain, Guan Eng juga akan melenting,” katanya.

Beliau berharap rakyat tidak keliru sebaliknya perlu benar-benar memahami makna ekstremis atau rasis.

“Persepsi selalunya orang Islam yang mahu hukum Islam ditegakkan dituduh ektremis dan orang Melayu yang mempertahankan hak Bumiputera dituduh rasis manakala pihak lain yang jelas jahat dikatakan tidak rasis dan ektremis,” katanya

Related posts

Leave a Comment