PUTRAJAYA 21 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam kekal di bawah 1,000 kes untuk hari ke lima walaupun terdapat sedikit peningkatan iaitu 984 termasuk dua kes import berbanding 816 pada hari sebelumnya. Menurut portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,020,384 iaitu 4,981,887 kes tempatan dan 38,497 import. Sebanyak tujuh kematian direkodkan termasuk satu kes kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,821 termasuk 7,846 kes BID. Sementara itu, sebanyak 14,854 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 13,975…
Read MoreMonth: December 2022
Media Hari Ini Khamis 22.12.2022
PM jamin percepat projek PLSB Sungai Golok
PASIR MAS 21 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan akan mempercepatkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan 2 di Kelantan tanpa kos berlebihan. Bagi tujuan tersebut katanya, projek PLSB akan dijalankan secara tender terhad untuk memastikan tidak ada kos berlebihan. “Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu segera hantar laporan berhubung PLSB Sungai Golok kepada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum tender dibuka. Saya bagi jaminan MOF akan segerakan laluan pantas untuk meluluskan dengan syarat ia bukan rundingan terus untuk menjamin supaya kos tidak…
Read MoreAnwar sedia bekerjasama dengan semua
PASIR MAS 21 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata lawatannya ke Kelantan hari ini membuktikan kesediaannya untuk bekerjasama dengan semua selepas diberi amanah mengurus dengan baik tanpa mengira negeri mana. “Saya sudah beritahu sebelum ini, tugas saya sebagai Perdana Menteri adalah berusaha mentadbir dan mengurus negara dengan sebaik mungkin,” katanya. Anwar berkata, Kelantan (negeri dikuasai sepenuhnya oleh Perikatan Nasional (PN)) menjadi negeri pertama yang dikunjunginya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu. “Soal pilihan raya rakyat yang memilih. Tanggungjawan saya selepas diberi amanah adalah mengurus dengan baik…
Read MoreTidak perlu ugut dengan tindakan guaman
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, mendakwa tindakan guaman oleh Anwar Ibrahim terhadap Muhyiddin Yassin dan Ahmad Amzad Hashim adalah bagi bagi melenyapkan semua kritikan. Katanya, sebagai Perdana Menteri, Anwar perlu berani dan bersedia menjelaskan persoalan ditimbulkan pembangkang, bukannya mengugut dengan tindakan guaman. “Kenapa sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar sangat nipis telinga dan tidak boleh terima kritikan. Adakah Anwar mahu menjadi diktator yang tidak boleh dipersoal,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Semalam, Anwar memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berhubung…
Read MoreMB Terengganu pulang hari ini
KUALA TERENGGANU 21 Dis. – Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang ‘dicari dan dinantikan kehadirannya’ ketika musim banjir di Terengganu disahkan berada di Auckland, New Zealand. Perkara itu disahkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat sambil memaklumkan Ahmad Samsuri akan pulang hari ini. Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu, berkata beliau tidak pasti masa ketibaan Menteri Besar itu. “Sebagai timbalan pengerusi bencana negeri, saya sangat berpuas hati di semua lapangan dan di PPS (pusat pemindahan sementara). “Semua exco dan juga…
Read MoreMangsa ke-26 ditemukan bersama anjing
HULU SELANGOR 21 Dis. – Mayat mangsa ke-26 kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan seekor anjingnya pagi ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata difahamkan, lelaki dewasa itu datang ke tapak perkhemahan itu bersama tiga ekor anjingnya, tetapi hanya dua ekor anjingnya ditemukan bersamanya. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh, manakala anjingnya diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media situasi terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh, di sini, hari…
Read MorePelantikan Ahmad Jazlan ditangguh
PUTRAJAYA 21 Dis. – Pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra seperti diumumkan sebelum ini ditangguhkan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Pada 16 Disember lalu, Ahmad Zahid memberitahu, Ahmad Jazlan dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad. Ahmad Zahid berkata, biarpun Kabinet memutuskan supaya semua jawatan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan, atas kehendak ahli koperasi itu, pertimbangan bagi lantikan semula itu diberikan.…
Read MoreFokus jana pertumbuhan ekonomi lebih pesat
PUTRAJAYA 21 Dis. – Kerajaan kini boleh menumpukan perhatian sepenuhnya bagi menjamin tatakelola dan tadbir urus yang berkesan untuk manfaat kebajikan rakyat dan negara berikutan mandat besar yang diterima di Parlimen kelmarin. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, dengan mandat melalui undian dua pertiga di Parlimen dua hari lalu, kerajaan dapat menumpukan kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Bercakap pada pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku di Parlimen dua hari lalu turut dibincangkan sepintas lalu. “Mandat itu jelas dan…
Read MoreMuhyiddin serah peguam kes Anwar saman
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan kes saman terhadapnya yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Anwar. “Oleh kerana Datuk Seri Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” katanya. Semalam, Anwar mengemukakan saman terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa beliau menerima…
Read More