MAKKAH – Sebanyak 1.51 juta jemaah haji dari luar negara berhimpun di Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, meningkat sekitar 11,000 berbanding tahun sebelumnya.
Jumlah itu dicatatkan walaupun terdapat kebimbangan berkaitan kemungkinan konflik melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran kembali memuncak.
Sebelum gencatan senjata dilaksanakan bulan lalu, Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu dan dron ke atas Arab Saudi serta negara Teluk lain sebagai tindak balas terhadap serangan udara oleh AS dan Israel.
Sebagai langkah keselamatan, Kementerian Pertahanan Arab Saudi turut menayangkan sistem pertahanan udara di sekitar kota suci Makkah, dengan menegaskan ia bertujuan melindungi jemaah dan memastikan keselamatan kawasan ibadah.
Ibadah haji merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam dan wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang berkemampuan.
Pada hari pertama, jemaah menunaikan tawaf dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali di Masjidil Haram sebelum bergerak ke Mina untuk bermalam.
Mereka kemudian dijadual menuju ke Padang Arafah, lokasi penting yang dianggap kemuncak ibadah haji, di mana Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhir baginda.
Selain faktor keselamatan, jemaah turut berdepan cabaran cuaca panas mencecah sekitar 45 darjah Celsius sepanjang berlangsungnya ibadah tahun ini.
Nnnn
