MINA – Pasukan Keselamatan Haji yang ditempatkan di pintu masuk ke Makkah menahan seorang ekspatriat dan tujuh rakyat tempatan kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 18 individu tanpa permit sah.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengenakan denda sehingga SAR100,000 terhadap pihak yang membawa jemaah tanpa permit dan semua individu yang terbabit dalam pelanggaran itu.
Denda sehingga SAR20,000 turut dikenakan terhadap individu yang dibawa kerana cuba menunaikan haji tanpa permit.
Ekspatriat yang melanggar peraturan itu akan dihantar pulang dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun selepas selesai menjalani hukuman.
Kementerian itu turut mengarahkan kenderaan yang digunakan untuk membawa pesalah disita.
Sebelum ini pasukan keselamatan haji menahan lima rakyat Malaysia kerana melanggar peraturan dengan cuba memasuki Makkah melalui jalan dan lembah tidak berturap tanpa permit menunaikan ibadah itu.
Kementerian mengumumkan pasukan keselamatan haji menahan mereka di pintu masuk Makkah.
Di samping itu di Riyadh, empat warga asing dan tiga warga Arab Saudi dihukum kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 13 jemaah ke Makkah tanpa permit.
Kementerian itu sebelum ini mengeluarkan ketetapan pentadbiran mengenai hukuman melalui jawatankuasa pentadbiran bermusim, termasuk denda sehingga SR100,000 terhadap transporter dan sesiapa terbabit dalam pelanggaran itu.
Selain itu, hukuman penjara dan menyiarkan nama pesalah di media tempatan atas perbelanjaan mereka sendiri.
Keputusan itu juga termasuk denda sehingga SR20,000 terhadap mereka yang diberikan pengangkutan selepas gagal menunaikan haji tanpa permit, selain tindakan pengusiran warga asing dan larangan memasuki semula Arab Saudi selama 10 tahun selepas menjalani hukuman.
Selain itu, tindakan undang-undang akan diambil untuk merampas kenderaan yang digunakan bagi mengangkut pesalah.
Nnnn
