PUTRAJAYA 23 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 858 kes termasuk satu kes import berbanding 984 yang direkodkan kelmarin. Menurut portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,021,242 iaitu 4,982,744 kes tempatan dan 38,498 kes import. Sebanyak tiga kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,824 orang meninggal dunia termasuk 7,846 kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, sebanyak 14,590 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 13,685 kes atau 93.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di…
Read MoreMonth: December 2022
Bukan fikirkan bangunan mega – Anwar
PUTRAJAYA 23 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan tanggungjawabnya adalah memberi keutamaan kepada soal kehidupan dan kebajikan rakyat, bukan memikirkan pembinaan bangunan mega yang gah sebagai legasi. Justeru, beliau mengarahkan tindakan diambil bagi membantu rakyat, terutama di bandar besar yang ramai masih hidup dalam keadaan daif, selain nasib peniaga kecil serta penjaja, namun segala perancangan bagi mencapai tujuan berkenaan mesti mematuhi prinsip tatakelola. “Jangan (sebagai Perdana Menteri) mula nak fikir gedung tinggi saja. Mai (datang) PM ini, saya fikir gerai dan saya mulakan dengan gerai penjaja dan peniaga kecil…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 23.12.2022
Imbasan 2022
Jumlah sebenar mangsa tanah runtuh 92
HULU SELANGOR 22 Dis. – Jumlah sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini, adalah 92 orang, bukan 94 seperti yang dilaporkan sebelum ini. Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata semakan mendapati berlaku pertindihan nama dalam buku pendaftaran tapak perkhemahan yang membawa kepada kekeliruan jumlah sebenar mangsa. “Selepas kita buat semakan beberapa kali, termasuk maklumat daripada laporan polis oleh waris, kita rumuskan bahawa jumlah rasmi sebenarnya adalah 92 orang, iaitu kurang dua orang daripada jumlah asal yang dilaporkan sebelum ini,” katanya pada…
Read MoreCukai taksiran kediaman Putrajaya dikurangkan
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan mulai tahun depan, kerajaan bersetuju mengurangkan Cukai Taksiran bagi kediaman berharga di bawah RM300,000, di Putrajaya. Katanya, keputusan itu dibuat setelah mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya. “Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib dan bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300,000 akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan. “Pengurangan ini selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan…
Read MoreKementerian WP kini Jabatan WP
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Kementerian Wilayah Persekutuan kini distruktur semula sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pentadbirannya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Rosida Jaafar. Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, memaklumkan demikian menerusi perkongsian di Facebook selepas menghadiri sesi taklimat Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini. “Sesi taklimat kepada Perdana Menteri disampaikan oleh Datuk Seri Rosida Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan berkaitan struktur terkini pentadbiran Jabatan…
Read MoreBantuan Awal Persekolahan seawal 12 Jan.
PUTRAJAYA 22 Dis. – Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid yang diumumkan kerajaan, Selasa lalu, akan disalurkan seawal 12 Januari depan. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, peruntukan BAP itu dikreditkan ke akaun sekolah yang kemudiannya akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid. Katanya, pihak sekolah diminta mengagihkan wang itu kepada murid sebaik sahaja menerima peruntukan itu. “Tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini. KPM juga tidak menyediakan sebarang talian…
Read MoreBerita pilihan…
Kesan perkhemahan bantu penemuan 4 mayat
HULU SELANGOR 22 Dis. – Kesan perkhemahan yang menjadi petunjuk awal dan dibantu khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) membawa kepada penemuan empat lagi mayat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini pagi ini. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan petunjuk itu pukul 10.43 pagi ketika kerja pengorekan menggunakan jentera pengaut dijalankan di Sektor C itu. “Selepas itu, kita gunakan khidmat Unit Anjing Pengesan dan anggota SAR di lapangan untuk mengesan lokasi…
Read More