Kes harian Covid-19 kekal di bawah 1,000

PUTRAJAYA 21 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam kekal di bawah 1,000 kes untuk hari ke lima walaupun terdapat sedikit peningkatan iaitu 984 termasuk dua kes import berbanding 816 pada hari sebelumnya.

Menurut portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,020,384 iaitu 4,981,887 kes tempatan dan 38,497 import.

Sebanyak tujuh kematian direkodkan termasuk satu kes kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,821 termasuk 7,846 kes BID.

Sementara itu, sebanyak 14,854  kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 13,975 kes atau 94.1 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Sebanyak 842 pesakit atau 5.7 peratus mendapat rawatan di hospital, di mana 37 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), iaitu 22 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan semalam turut meningkat dengan 1,534 dilaporkan sembuh berbanding 940 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,968,709 pesakit sembuh.

Related posts

Leave a Comment