Selamat Hari Krismas

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat Malaysia yang beragama Kristian. Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini. “Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia,” menurut hantaran itu. Sementara itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia membenih budaya perpaduan dan…

Read More

SAR disambung bagi tujuan ‘pembersihan’

HULU SELANGOR 24 Dis. – Walaupun mangsa terakhir sudah ditemukan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Genting-Batang Kali akan disambung esok. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, SAR itu bagi tujuan ‘pembersihan’ (flushing) dan juga siasatan lanjut tragedi yang berlaku pada 16 Disember lalu. “Walaupun semua mangsa sudah ditemui, namun operasi SAR akan diteruskan untuk proses ‘flushing’ dan siasatan lanjut. Kita akan bincangkan lebih lanjut dan keputusan mengenai operasi ini dan perkara ini mungkin diputuskan esok,” katanya. Suffian berkata demikian pada…

Read More

Mayat ditemukan dalam beg tidur tertimbus

HULU SELANGOR 24 Dis. –  Mayat kanak-kanak lelaki, mangsa ke-31 dan terakhir di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini, ditemukan dalam beg tidur yang tertimbus dengan kedalaman 1.5 meter dalam tanah. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata lokasi penemuan mayat terletak empat meter dari kawasan tebing bukit dan empat meter dari tapak perkhemahan di Sektor A (Hill View). Katanya, ketika anggota SAR membuat kerja pengorekan secara manual di situ, seorang Penguasa Kanan Bomba menjumpai satu ‘sleeping bag’ (beg tidur) dan…

Read More

Operasi SAR tamat, mayat akhir ditemukan

HULU SELANGOR 24 Dia. –  Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali – Gohtong berakhir hari ini selepas mayat ke-31 dan terakhir ditemukan kira-kira pukuk 4.53 petang ini. Mangsa seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia anggaran 7 hingga 12 tahun itu dan mayat ditemukan di Sektor A , berpakaian lengkap tetapi mula mereput dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat dan pengecaman. Selama sembilan hari sejak 16 Disember lalu, operasi SAR dilakukan yang melibatkan anggota Jabatan Bomba dan…

Read More

Zahid tidak sepatutnya dilantik TPM – Dr M

PUTRAJAYA 24 Dis. –  Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berikutan Presiden UMNO itu sedang menghadapi tindakan mahkamah.  Bekas Perdana Menteri itu berkata, Timbalan Perdana Menteri adalah orang yang akan mengambil alih daripada Perdana Menteri jika sesuatu berlaku.  “Jadi kita akan dapat seorang Perdana Menteri masih berdepan tuduhan di mahkamah. Orang melihat oleh kerana dia Timbalan Perdana Menteri mahkamah tidak boleh mengambil tindakan terhadapnya. Ini salah dari segi undang-undang kerana undang-undang tidak mengambil kira siapa…

Read More

Kes harian Covid-19 naik sedikit

PUTRAJAYA 24 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan sedikit kenaikan dengan merekodkan 902 kes termasuk lima kes import berbanding 858 yang direkodkan kelmarin. Menurut portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,022,144 iaitu 4,983,641 kes tempatan dan 38,503 kes import. Sebanyak enam kematian direkodkan termasuk tiga kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,830 orang meninggal dunia termasuk 7,849 BID. Sementara itu, sebanyak 14,382 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 13,562 kes atau 94.3 peratus pesakit…

Read More

KJ ucap selamat maju jaya Hannah

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas kedua-dua pihak mengadakan satu perjumpaan semalam. Khairy yang pernah menjawat jawatan berkenaan bermula tahun 2013 hingga 2018 berkata, jemputan yang dibuat oleh Hannah itu adalah untuk berkongsi pandangannya berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan. “Terima kasih, Menteri @hannahyeoh atas jemputan untuk berkongsi pandangan berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan. Selamat maju jaya di @KBSMalaysia!,” katanya menerusi ciapan di Twitternya semalam. Hannah pula dalam catatan di Facebooknya berkata, perjumpaan bersama Khairy…

Read More