KJ ucap selamat maju jaya Hannah

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas kedua-dua pihak mengadakan satu perjumpaan semalam.

Khairy yang pernah menjawat jawatan berkenaan bermula tahun 2013 hingga 2018 berkata, jemputan yang dibuat oleh Hannah itu adalah untuk berkongsi pandangannya berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.

“Terima kasih, Menteri @hannahyeoh atas jemputan untuk berkongsi pandangan berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.

Selamat maju jaya di @KBSMalaysia!,” katanya menerusi ciapan di Twitternya semalam.

Hannah pula dalam catatan di Facebooknya berkata, perjumpaan bersama Khairy untuk mendengar idea, pandangan dan pengalaman beliau semasa di KBS.

“Thank you for making time. I believe in inclusive leadership especially so for a portfolio like youth and sports,” katanya.

Related posts

Leave a Comment