PUTRAJAYA 24 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan sedikit kenaikan dengan merekodkan 902 kes termasuk lima kes import berbanding 858 yang direkodkan kelmarin.
Menurut portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,022,144 iaitu 4,983,641 kes tempatan dan 38,503 kes import.
Sebanyak enam kematian direkodkan termasuk tiga kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,830 orang meninggal dunia termasuk 7,849 BID.
Sementara itu, sebanyak 14,382 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 13,562 kes atau 94.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).
Sebanyak 776 pesakit atau 5.4 peratus mendapat rawatan di hospital, di mana 44 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), iaitu 31 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh yang direkodkan semalam turut meningkat dengan pertambahan 1,104 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,970,932 pesakit sembuh.
