Ebrahim menang Presiden Iran

TEHRAN: Ulama ultra konservatif Ebrahim Raisi secara rasminya memenangi Pilihan Raya Presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi mengalahkan tiga calon lain.

Pegawai pilihan raya mengesahkan perkara itu tanpa mendedahkan jumlah keseluruhan undian.

Dilaporkan, tiga calon lain iaitu dua calon konservatif, Mohsen Rezai dan Amirhossein Qazizadeh Hashemi serta reformis Abdolnasser Hemmati mengakui kekalahan mereka.

Dalam ucap tamanya sebagai presiden, Ebrahim mendedikasikan penghargaan kepada setiap rakyat Iran yang telah mengundinya sebagai pemimpin utama negara itu.

Beliau berharap dapat memikul tanggungjawab dengan baik sebagai tanda membalas jasa mereka sepanjang tempohnya memegang jawatan itu.

Presiden Iran terdahulu, Hassan Rouhani akan berundur pada Ogos ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat yang membuat pilihan,” kata Hassan Rouhani yang telah berkhidmat selama empat tahun atau dua penggal secara berturut-turut.

Ebrahim Raisi, 60 tahun, akan mengambil alih pada waktu kritikal ketika Iran cuba merundingkan semula perjanjian nuklear dengan negara-negara kuasa besar.

Related posts

Leave a Comment