Operasi SAR tamat, mayat akhir ditemukan

HULU SELANGOR 24 Dia. –  Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali – Gohtong berakhir hari ini selepas mayat ke-31 dan terakhir ditemukan kira-kira pukuk 4.53 petang ini.

Mangsa seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia anggaran 7 hingga 12 tahun itu dan mayat ditemukan di Sektor A , berpakaian lengkap tetapi mula mereput dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Selama sembilan hari sejak 16 Disember lalu, operasi SAR dilakukan yang melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan tentera.

Pada hari ini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, mengesahkan operasi SAR membabitkan 80 keanggotaan pelbagai agensi termasuk 10 ekor anjing unit pengesan (K9); dan sembilan jengkaut.

Dalam runtuhan yang berlaku pada pukul 2.42 pagi Jumaat minggu lalu, daripada 92 mangsa kejadian, sebanyak 61 orang selamat dan 31 terkorban.

Terdahulu, seorang anggota  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi SAR itu pengsan.

Individu terbabit dari APM Sabak Bernam dipercayai keletihan susulan cuaca panas semasa operasi da mangsa dibawa ke Hospital Selayang sekitar pukul 2 petang bagi mendapatkan rawatan

Operasi SAR hari ini melibatkan 80 keanggotaan terdiri daripada 50 pasukan SAR daripada pelbagai agensi; 10 ekor anjing unit pengesan (K9); serta sembilan buah jengkaut.

Operasi pencarian tertumpu di sektor A (Hillview), dipercayai lokasi keberadaan mangsa yang masih hilang.

(FOTO PDRM)

Related posts

Leave a Comment