Sumbangan RM10,000 kepada mangsa meninggal

HULU SELANGOR 16 Dis. – Kerajaan memberi sumbangan RM10,000 untuk setiap mangsa yang meninggal dunia dalam runtuhan tanah di Batang Kali manakala wang ihsan RM1,000 kepada ketua isi rumah mangsa yang tidak terbabit dengan kematian. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata bantuan itu akan diselaraskan oleh kerajaan Selangor dan badan bukan kerajaan (NGO). “Untuk (keluarga) mangsa yang meninggal dunia, kita akan segerakan bantuan RM10,000 untuk permulaan dan RM1,00 bagi setiap keluarga mangsa yang lain. Saya percaya hal ini akan dapat diselaraskan oleh kerajaan negeri, NGO dan rakan-rakan (lain) membantu,” katanya di…

Read More

21 mangsa runtuhan meninggal dunia

HULU SELANGOR 16 Dis. – Seramai 21 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan tanah di Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya, setakat pukul 7.30 malam ini. Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata pasukan penyelamat masih menjalankan kerja mencari dan menyelamat 12 lagi mangsa yang masih hilang. “Saya dimaklumkan keseluruhan mangsa 94 orang. Yang meninggal dunia 21 orang dan yang belum ditemui 12 orang. Jadi kerja untuk mencari 12 mangsa yang belum ditemui. Kita berdoa mudah-mudahan ada yang terselamat,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri,…

Read More

PM Anwar semakin kukuh, lupakan ‘kerajaan PN’

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim boleh menarik nafas lega selepas rakan-rakan gabungan ‘diikat mati’ untuk setia dan memastikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinannya supaya kekal stabil. Ini berikutan empat gabungan parti terbesar serta parti politik yang mewakili lebih 60 kerusi memeterai perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH), yang diterajui Anwar. Perjanjian itu menoktahkan sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti dua pertiga. Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan Warisan menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama dengan PH yang dianggotai PKR, DAP, Amanah dan UPKO. Berikutan perjanjian itu, ‘kesetiaan’…

Read More

Inti pati perjanjian persefahaman

PUTRAJAYA 16 Dis. –  Empat gabungan politik memeterai perjanjian bersama Pakatan Harapan (PH) petang ini bagi tujuan memperkukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Semua gabungan politik itu diwakili pemimpin tertinggi masing-masing iaitu Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor, manakala PH, diwakili Anwar sebagai Pengerusinya. Berikut inti pati perjanjian persefahaman membentuk Kerajaan Perpaduan: Matlamat a). Parti-Parti dengan ini bersetuju untuk menjunjung kebenaran yang…

Read More

Operasi SAR diteruskan 24 jam

HULU SELANGOR 16 Dis. – Misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan cerun di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm di Goh Tong Jaya, akan diteruskan selama 24 jam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,  Norazam Khamis, berkata tumpuan diberikan kepada sektor B dan C dan misi akan dihentikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan. Beliau mengakui pasukan penyelamat berdepan kesukaran susulan keadaan mangsa yang dipercayai tertimbus pada kedalaman kira-kira 1.2 meter (m), selain kedudukan mereka teralih berikutan gelongsoran tanah. Katanya, sejumlah…

Read More

Gagal sokong kerajaan ‘kerusi hilang’

PUTRAJAYA 16 Dis. – Usul Percaya dan Rang Undang-undang Perbekalan antara lima perkara dipersetujui oleh gabungan politik yang memeterai Permuafakatan Antara Gabungan di Bawah Kerajaan Perpaduan petang ini. Melalui perkara berkenaan, ia menuntut setiap parti dan pihak mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan, mengikut Perlembagaan Persekutuan. Ia juga menetapkan setiap parti dan pihak perlu bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman parti masing-masing, bagi memastikan sokongan parlimen untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang…

Read More

Empat gabungan sepakat

PUTRAJAYA 16 Dis. – Empat gabungan parti politik memeterai perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH), petang ini bagi mengukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, pimpinan  Anwar Ibrahim. Semua gabungan politik itu diwakili pemimpin tertinggi masing-masing iaitu Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor, manakala PH, diwakili Anwar sebagai Pengerusinya. Turut menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama berkenaan ialah Setiausaha Agung gabungan politik masing-masing iaitu Saifuddin Nasution Ismail mewakili PH; Dr. Zambry…

Read More

Tiga tapak perkhemahan operasi cara haram

HULU SELANGOR 16 Dis. – Tiga tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun di Jalan Batang Kali-Goh Tong dikenal pasti beroperasi secara haram sejak 2020, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Beliau berkata, ketiga-tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019. Sehubungan itu, katanya, pengusaha tapak perkhemahan berkenaan dikenal pasti melanggar peruntukan di bawah Akta Jalan Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM50,000.…

Read More

13 korban tanah runtuh

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Seramai 13 mangsa dilaporkan terkorban setakat ini dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, Batang Kali, awal pagi ini. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata mayat mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan ada yang masih di lokasi kejadian. “Kita akan berkoordinasi dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) khususnya kerana HKL ada kapasiti yang lebih besar,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa yang cedera dalam kejadian itu di Hospital Selayang, hari ini. Dr Zaliha berkata, setakat ini, tujuh…

Read More

Pengadil Poland kendali aksi final

DOHA: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), memilih pengadil dari Poland, Szymon Marciniak, 41 mengendalikan aksi perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Argentina. Pengadil itu sebelum ini pernah mengendalikan aksi pusingan 16 antara Argentina berdepan Australia dan aksi peringkat kumpulan, Perancis bertemu Denmark. Rakan senegara Marciniak iaitu Pawel Sokolnicki dan Tomasz Listkiewicz akan bertindak sebagai pembantunya. Mereka sebelum ini pernah bertugas pada kejohanan dunia bawah 18 tahun (B-18) selain Kejuaraan Eropah 2016.

Read More