Pengadil Poland kendali aksi final

DOHA: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), memilih pengadil dari Poland, Szymon Marciniak, 41 mengendalikan aksi perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Argentina.

Pengadil itu sebelum ini pernah mengendalikan aksi pusingan 16 antara Argentina berdepan Australia dan aksi peringkat kumpulan, Perancis bertemu Denmark.

Rakan senegara Marciniak iaitu Pawel Sokolnicki dan Tomasz Listkiewicz akan bertindak sebagai pembantunya.

Mereka sebelum ini pernah bertugas pada kejohanan dunia bawah 18 tahun (B-18) selain Kejuaraan Eropah 2016.

Related posts

Leave a Comment