Malaysia-EU meterai PCA

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) buat julung kali memeterai Perjanjian Perkongsian Kerjasama (PCA) di ibu pejabat kesatuan itu di Brussels, Belgium pada 14 Disember lalu. Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga wakil khas Perdana Menteri bagi perjanjian itu manakala EU diwakili oleh Wakil Tinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell Fontelles yang juga Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Wisma Putra memaklumkan, pemeteraian itu meliputi pelbagai kerjasama Malaysia dan EU, berlangsung di ibu pejabat kesatuan terbabit di Brussels, Belgium. “Malaysia…

Read More

GPS beri jaminan sokong Anwar

KUCHING 15 Dis. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agungnya, Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata jaminan itu juga akan diterjemahkan jika usul undi percaya kepada Perdana Menteri diadakan pada sidang Dewan Rakyat, Isnin depan. “Sokongan GPS terhadap kerajaan ketika ini turut mengambil kira kepentingan dan hak Sarawak, termasuklah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)L Bagi GPS, yang penting adalah hak Sarawak terjamin,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat kepemimpinan tertinggi gabungan itu, hari ini, yang dipengerusikan Pengerusi GPS, yang…

Read More

Dua kapal selam Singapura dilancar

SINGAPURA 15 Dis. – Dua kapal selam baharu Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), Illustrious dan Impeccable, dilancarkan di limbungan kapal Thyssenkrupp Marine Systems (TKMS) di Kiel, kira-kira 90 kilometer dari Hamburg, di utara Jerman. Kapal selam itu adalah yang kedua dan ketiga daripada empat kapal selam kelas Invincible buatan Jerman yang direka khas untuk RSN. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu paparan Facebook mengenai pelancaran itu semalam, berkata kapal selam itu akan membawa keupayaan moden dan maju kepada RSN.. “Singapura adalah sebuah negara maritim dan RSN mempunyai misi…

Read More

Sistem D-Media hab infirmasi digital

PUTRAJAYA 15 Dis. – Jabatan Penerangan (Japen) melancarkan Sistem D-Media yang berperanan sebagai hab tunggal informasi digital mesra pengguna, interaktif dan terkini kepada pengamal media di negara. Menurut Japen, sistem yang dilancarkan Isnin lalu itu meliputi penyampaian maklumat digital sepenuhnya kepada pihak media. Penyampaian berkenaan, termasuk Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Kenyataan Media dan Pusat Media yang dimuat naik kementerian, jabatan atau agensi kerajaan. Sehubungan itu, katanya, sistem D-Media boleh diakses pengamal media dan orang awam melalui pautan https://dmedia.penerangan.gov.my/. Menurut kenyataan Japen, pembangunan sistem ini selari dengan perkembangan kemajuan komunikasi…

Read More

MN kekal pertubuhan bukan kerajaan

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Muafakat Nasional (MN) akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak terbabit atau menyertai mana-mana gabungan gerakan politik, kata Presidennya, Annuar Musa. Beliau berkata MN akan memainkan peranan menanam nilai serta kefahaman kenegaraan yang berasaskan tiga prinsip, iaitu kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati. Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menjelaskan, keahlian MN terbuka kepada semua, termasuk ahli parti politik, dan sudah menerima penyertaan hampir mencecah 20,000 orang, setakat hari ini. Katanya, antara yang menjadi ahli dan dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN…

Read More

“Jika ada neraca yang boleh menyukat kecintaan ini”

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Annuar Musa mengesahkan menerima surat pemecatannya daripada Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, Isnin lalu dan tidak akan merayu keputusan parti melucutkan keahliannya minggu lalu. Annuar berkata, surat terbabit hanya memaklumkan seksyen dalam Perlembagaan UMNO berkaitan pemecatan berkenaan tanpa menyatakan secara khusus sebab keputusan itu dikenakan terhadapnya. “Jika hendak merayu, kita kena tahu apa kesalahan itu, barulah kita menilai sama ada kita salah atau tidak. Kalau kita tidak salah, kita merayulah atas perkara yang kita tidak salah. Bagaimanapun hingga hari ini,…

Read More

Lantikan politik ditamatkan serta merta

PUTRAJAYA 15 Dis. – Tular surat yang mengatakan Kabinet dikatakan sudah memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta. Surat bertarik 14 Disember 2022 itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ditujukan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Menurut surat berkenaan,  jawatan tersebut melibatkan badan berkanun Persekutuan, syarikat menteri kewangan (Diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan. Surat berkenaan turut meminta kerjasama semua Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri itu. Ini bukan kali pertama pertukaran pentadbiran…

Read More

MUDA sertai DAP tegur Saifuddin isu SOSMA

KUALA LUMPUR 15 Dis. –  Selepas ditegur DAP, dan Lawyers for Liberty, kini Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula tampil mengkritik pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang tidak akan mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Naib Presiden MUDA Zaidel Baharudin berpandangan SOSMA adalah rang undang-undang (RUU) yang sangat berat sebelah, malah kuasa menyeluruh melingkari akta itu membolehkan ia terdedah kepada penyalahgunaan. Katanya, satu undang-undang yang jauh lebih baik boleh dirangka bagi menangani isu keselamatan, yang memberi kuasa untuk melaksanakan tindakan yang cepat namun mempunyai…

Read More