PRN N. Sembilan PKR 16, DAP 11, Amanah 9

SEREMBAN 13 Jun – Pembahagian kerusi antara parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sudah dimuktamadkan dengan 16 kerusi ditandingi PKR, diikuti DAP dengan 11 kerusi dan sembilan kerusi lagi ditandingi Amanah.

Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun berkata, keputusan untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos nanti kekal.

Beliau yang juga Menteri Besar berpuas hati dengan pembahagian kerusi yang diputuskan dan dicapai dengan baik hasil kerjasama serta muafakat dalam kalangan pemimpin PH.

“Alhamdulillah, rundingan pembahagian kerusi DUN telah dimuktamadkan. Ini paling pantas dan paling mudah dari segi pembahagian kerusi ketika hendak menghadapi pilihan raya sepanjang pimpinan saya,” katanya.

“Alhamdulillah, rundingan pembahagian kerusi DUN telah dimuktamadkan. Ini paling pantas dan paling mudah dari segi pembahagian kerusi ketika hendak menghadapi pilihan raya sepanjang pimpinan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Kempen Jentera PRN PH Negeri Sembilan oleh Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, di sini malam tadi.

Mengenai calon, Naib Presiden PKR itu, berkata pemilihan calon parti diwakilinya sedang dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Berhubung kedudukannya di DUN Sikamat, Aminuddin menjelaskan ia belum ditentukan dan beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan PKR untuk menentukan kerusi mana akan ditandinginya kerana itu sebahagian strategi parti itu dalam usaha memenangi PRN.

“Memang Loke (Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke) akan mempertahankan DUN Chennah, tapi saya belum putuskan (mempertahankan DUN Sikamat). Saya akan bertanding, cuma kerusi mana belum ditetapkan. Saya sedang menanti mimpi,” seloroh Menteri Besar.

Terdalam ucapannya, Aminuddin yang sudah lapan tahun memimpin Negeri Sembilan, mengingatkan pemimpin dan jentera PH supaya tidak mengkhianati parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pada PRN kali ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, berkata semua pihak perlu menerima keputusan parti dan terus bekerja demi memastikan kemenangan PH di negeri ini.

“Kepada semua ahli parti dan jentera, saya mohon apa jua nama calon dipilih oleh pimpinan, kita jangan khianati mereka, teruskanlah menyokong. Inilah perjuangan hidup dan mati,” katanya.

Mnn

Related posts

Leave a Comment