Malaysia-EU meterai PCA

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) buat julung kali memeterai Perjanjian Perkongsian Kerjasama (PCA) di ibu pejabat kesatuan itu di Brussels, Belgium pada 14 Disember lalu.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga wakil khas Perdana Menteri bagi perjanjian itu manakala EU diwakili oleh Wakil Tinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell Fontelles yang juga Naib Presiden Suruhanjaya Eropah,

Wisma Putra memaklumkan, pemeteraian itu meliputi pelbagai kerjasama Malaysia dan EU, berlangsung di ibu pejabat kesatuan terbabit di Brussels, Belgium.

“Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga wakil khas Perdana Menteri bagi perjanjian itu.

EU pula diwakili oleh Wakil Tinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell Fontelles yang juga Naib Presiden Suruhanjaya Eropah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut serta dalam pemeteraian itu, Presidens Majlis EU yang mewakili EU dan 27 negara anggotanya, Petr Fiala yang juga Perdana Menteri Republik Czech.

Wisma Putera dalam kenyataannya berkata, pemeteraian PCA adalah  satu acara kemuncak Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU yang julung kali diadakan pada hari sama.

Ia detik bersejarah dan pencapaian penting dalam hubungan Malaysia dan EU.

PCA perjanjian pertama yang merangkumi kerjasama pelbagai bidang di di antara Malaysia dan EU.

Dr. Zambry melalui Facebooknya berkata, perjanjian ini merupakan rangka kerja politik strategik yang menyeluruh untuk melengkapkan serta mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama yang telah lama terjalin antara Malaysia dan EU.

“Malaysia percaya bahawa PCA akan menjadi platform berkesan bagi meningkatkan kerjasama di dalam pelbagai bidang, antaranya, hubungan politik, perdagangan & pelaburan, tenaga, pengangkutan, pertanian, kewangan serta maritim,” katanya.

Related posts

Leave a Comment